(2025 Promo) 3h2m Pakej Bulan Madu di Phuket

Candle Light Dinner
Old Phuket Town
Candlelight Dinner
Promthep Cape
Chalong Pier
Kahung Beach
Laem Krating Viewpoint
Phuket Old Town
Sino-Portuguese Architecture
Phuket Street Art
Rock Beach Swing
Pose with the Props
Take Instagram-worthy Shots
The Charm Resort Deluxe Pool Access
The Charm Resort Deluxe Pool Access
The Nature Deluxe Private Jacuzzi
The Nature Deluxe Private Jacuzzi
previous arrow
next arrow
 
Shadow
From

RM1,955

Promosi atas talian terkini untuk 3h2m Pakej Bulan Madu di Phuket, jimat lebih banyak apabila anda menempah dengan Holidaygogogo! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!

Tarikan Pakej:

  • Nikmati keindahan alam semula jadi di Phuket dan pantai pasir putih sambil menerokai budaya unik serta masakan tempatan yang memikat selera.
  • Saksikan pemandangan matahari terbenam yang memukau di Promthep Cape dan jelajahi laluan indah menuju Laem Krating yang menawarkan pemandangan laut biru yang menenangkan.
  • Rasai ketenangan di Pantai Kahung, lokasi tersembunyi dengan air jernih dan suasana tenang yang sesuai untuk percutian santai.
  • Alami suasana romantik dengan makan malam candle light sambil menikmati bunyi ombak dan suasana malam yang mempesonakan.

Jadual Perjalanan:

Hari 1

Setibanya di Lapangan Terbang Phuket, anda akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan dan diuruskan penghantaran terus ke hotel untuk daftar masuk. Selepas berehat, anda akan diambil untuk menikmati makan malam romantik candle light yang mempesona. Setelah selesai menikmati hidangan, anda akan kembali ke hotel, menikmati masa lapang di sekitar hotel atau berehat.

  • Tiba di Lapangan Terbang Phuket
  • Berjumpa & disambut dengan pemandu pelancong tempatan
  • Penghantaran ke hotel, daftar masuk
  • 5:30 Petang:  Diambil dari hotel dan dibawa untuk makan malam (Makan malam candle light)
  • 7:00 malam: Kembali ke hotel
  • Bebas & santai

Pelan Makanan: Makan Malam

Hari 2

Hari bermula dengan sarapan di hotel sebelum menuju ke Tanjung Phromthep untuk menikmati pemandangan laut. Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, perjalanan diteruskan ke Jeti Chalong untuk ke Pantai Kahung di Pulau Coral, dengan aktiviti seperti snorkeling, berenang, atau berehat di pantai. Kemudian, nikmati makan malam di Restoran Kahung, belayar melihat pemandangan Tanjung Phromthep dan Laem Krating, dan akhiri hari dengan menyaksikan matahari terbenam sebelum pulang ke hotel.

  • Sarapan di hotel
  • 10:00 Pagi: Diambil dari hotel
  • Lawatan ke Tanjung Phromthep
  • Makan tengah hari di restoran tempatan
  • 1:30 Petang: Daftar masuk di Jeti Chalong
  • Bertolak ke Pantai Kahung (Pulau Coral)
  • Aktiviti snorkeling, berenang, dan bersantai di pantai
  • 4:00 Petang: Makan malam di Restoran Kahung
  • 5:00 Petang: Bertolak dari Pulau Coral dan belayar ke Tanjung Phromthep dan Pemandangan Laem Krating
  • Nikmati pemandangan panorama 360 darjah dan matahari terbenam
  • Balik ke hotel

Pelan Makanan: Sarapan, Makan Tengah Hari, Makan Malam 

Hari 3

Pagi dimulakan dengan sarapan di hotel sebelum daftar keluar. Selepas itu, pemandu akan membawa anda untuk Lawatan Bandar Phuket, melawat Bandar Lama Phuket yang terkenal dengan seni bina Sino-Portugis dan seni jalanan yang menarik, diikuti dengan singgah di Rock Beach Swing untuk mengambil gambar dengan latar pemandangan indah. Perjalanan diteruskan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket untuk daftar masuk penerbangan, dan setelah selesai, anda akan bersiap sedia untuk penerbangan pulang, mengakhiri perjalanan ini dengan kenangan manis di Phuket.

  • Sarapan di hotel, daftar keluar
  • 9:00 Pagi: Diambil dari hotel dan teruskan dengan Lawatan Bandar Phuket
  • Melawat Bandar Lama Phuket, seni bina Sino-Portugis & Seni Jalanan
  • Berhenti untuk mengambil gambar di Rock Beach Swing
  • 11:00 Pagi: Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket
  • Daftar masuk penerbangan
  • Naik penerbangan balik ke destinasi seterusnya
  • Lawatan tamat

Pelan Makanan: Sarapan

Termasuk:

  • 2 malam penginapan dengan sarapan setiap hari.
  • Makanan seperti dinyatakan dalam pelan makan jadual perjalanan.
  • Penghantaran 2 hala dari Lapangan Terbang Phuket.
  • Lawatan & Pengangkutan seperti dinyatakan dalam jadual perjalanan.
  • 1x Makan malam candle light (pada hari ketibaan).
  • 1x Pelayaran matahari terbenam dengan Kapal Layar Catamaran (Pulau Coral & Tanjung Phromthep).
  • Yuran masuk seperti dinyatakan dalam jadual perjalanan.
  • 1x Pemandu pelancong berbahasa Inggeris.
  • 1x Air minuman seorang sehari.

Tidak Termasuk:

  • Tiket penerbangan.
  • Makanan selain yang dinyatakan.
  • Lawatan & pengangkutan selain yang dinyatakan.
  • Tiket masuk selain yang dinyatakan.
  • Tips & ganjaran: anggaran RM14 seorang sehari (TIDAK wajib).
  • Travel insurance (Sangat digalakkan)
  • Lain lain perbelanjaan yang tidak tertera dalam sesi “Termasuk”

Perkara Penting:

  • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
  • Aktiviti yang disediakan (jika termasuk) dalam pakej adalah percuma, tidak ada pemulangan fi pakej jika aktiviti dibatalkan.
  • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
  • Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza benbanding dengan unit sebenar.

  • Minimum 2 Pax.
  • Holidaygogogo berhak menukar kepada hotel lain dalam kelas yang sama sekiranya hotel yang dinyatakan di bawah tidak tersedia pada tarikh perjalanan.
  • Tiada perubahan susunan bilik dibenarkan selepas bayaran penuh dibuat.

Harga:

Harga pakej dikira ikut kepala

Tempoh perjalanan: 15 Disember 2024 – 31 Oktober 2025

TRAVELING DATES THE CHARM RESORT PHUKET (Deluxe Pool Access) THE NATURE PHUKET (Deluxe Private Jacuzzi)
15 Dec – 23 Dec 2024 RM 2,025 RM 2,150
24 Dec 24 – 10 Jan 25 RM 2,505 RM 3,170
11 Jan – 25 Jan 2025 RM 2,095 RM 2,215
26 Jan – 4 Feb 2025 RM 2,215 RM 2,385
5 Feb – 31 Mac 2025 RM 2,095 RM 2,215
1 Apr – 31 Oct 2025 RM 1,955 RM 2,095

Pertanyaan:

Sila tekan butang whatsapp/email di sebelah kanan untuk pertanyaan

6 Kelebihan booking dengan Holidaygogogo Tours Sdn Bhd!

  • Menawarkan perkhidmatan secara One-to-One bersama pegawai perkhidmatan pelanggan untuk disesuaikan dengan tempahan pra-ketibaan dan cadangan pakej percutian. Pihak kami ingin memastikan pelanggan mendapat maklum balas yang cepat dan memperoleh maklumat terkini walaupun pada hujung minggu atau cuti umum.
  • Merupakan syarikat agensi pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). *Anda boleh menekan pautan MOTAC/MATTA di atas dengan memasukkan nama syarikat kami: Holidaygogogo Tours untuk memerika lesen dan keahlian kami sebagai syarikat pelancongan yang berlesen. Kami bukan scammers/penipu.
  • Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan. Kami bersikap serius dan profesional dalam menjalankan perniagaan.
  • Diberikan rating 5-bintang oleh pelanggan kami di Google dan Facebook. Kami membenarkan pelanggan menilai servis kami secara terbuka, hanya agensi pelancongan yang memberikan servis perkhidmatan yang terbaik berani berbuat begitu.
  • Melakukan pemeriksaan tempat secara berkala demi memastikan kualiti servis dan produk dapat dipenuhi mengikut keperluan pelanggan.
  • Segala tempahan akan dilaksanakan dengan prosedur kertas kerja yang lengkap dan disokong oleh dokumen sokongan. Pihak kami tidak akan mengutip apa-apa bayaran tanpa sebarang dokumentasi. Kami akan memastikan semua tempahan telah dilaksanakan sebelum mengutip pembayaran.

Ulasan untuk Holidaygogogo:

Ulasan:

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

HolidayGoGoGo
Average rating:  
 0 reviews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *