(2025 Promo) Pakej 3h2m Floating Getaway ke Hutan Hujan Belum

Houseboat
Houseboat
Bedroom
Wildlife Spotting
Rafflesia Spotting
Bamboo Raft
Fishing Experience
Belum Rainforest Resort View
Belum Rainforest Chalet
Houseboat
Houseboat's Jetty Point
Bedroom view on board
Jungle Trekking
Wildlife Spotting
Rafflesia Spotting
Bamboo Raft
Fishing Experience
Belum Rainforest Resort View
Belum Rainforest Chalet
Outdoor Pool
previous arrow
next arrow
 
Shadow
From

RM1,590

EN

Promosi atas talian terkini untuk 3h2m Pakej Floating Getaway ke Hutan Hujan Belum, jimat lebih banyak apabila anda menempah dengan Holidaygogogo! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!

Tarikan Pakej:

  • Nikmati pengembaraan istimewa dengan Floating Getaway di Belum Rainforest Resort atas rumah bot yang selesa, menawarkan pemandangan indah dan air yang tenang.
  • Alami pengembaraan yang unik dengan aktiviti rakit buluh atau berkayak menyusuri sungai di dalam hutan hujan.
  • Rasai keseronokan jungle trekking ke kawasan Salt Lick, satu pengembaraan yang membolehkan anda mendekati alam semula jadi dan hidupan liar yang menarik.
  • Terokai keajaiban hutan hujan melalui ekspedisi Mengesan Rafflesia dan Hidupan Liar, di mana anda boleh menyaksikan keindahan bunga terbesar di dunia dan bertemu pelbagai spesies hidupan liar yang menjadikan hutan hujan sebagai habitat mereka.
  • Nikmati makan malam BBQ yang lazat di atas rumah bot sambil dikelilingi oleh bunyi alam semula jadi yang menenangkan.

Jadual Perjalanan:

Hari 1

Perjalanan bermula dari pusat bandar Kuala Lumpur menuju ke Belum Rainforest Resort di Perak, dengan anggaran masa kira-kira enam jam. Sepanjang perjalanan, peserta boleh berhenti untuk makan tengah hari perbelanjaan sendiri. Setibanya di resort, tetamu akan mendaftar masuk ke Rumah Bot yang menawarkan suasana santai dan pengalaman yang berbeza.

Ketibaan disambut dengan minuman alu-aluan serta taklimat ringkas mengenai keselamatan dan peraturan semasa berada di atas bot. Rumah bot akan berlabuh di Sungai Kooi, dan tetamu boleh menikmati minum petang sambil menghayati keindahan alam semula jadi. Pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti menaiki rakit buluh, berkayak atau water confident turut disediakan. Pada waktu malam, makan malam yang lazat disajikan, diikuti dengan aktiviti santai seperti permainan, menonton filem atau sesi karaoke yang pasti menceriakan suasana malam.

  • 8:00 Pagi: Bertolak dari pusat bandar Kuala Lumpur
  • Bertolak ke Belum Rainforest Resort, Perak (± 6 jam perjalanan)
  • Berhenti makan tengah hari (perbelanjaan sendiri)
  • 2:00 Petang: Tiba di Belum Rainforest Resort
  • Daftar masuk ke Rumah Bot
  • Minuman alu-aluan, taklimat peraturan dan keselamatan
  • Minum petang – Berlabuh di Sungai Kooi
  • Nikmati aktiviti rakit buluh / berkayak / Water Confident
  • 7:00 Malam: Makan malam
  • Nikmati kemudahan di rumah bot seperti permainan, malam wayang & karaoke

Pelan Makanan: Minum Petang, Makan Malam

Hari 2

Hari dimulakan dengan sarapan yang menyegarkan sebelum memulakan aktiviti trekking ke Sungai Kooi. Sepanjang perjalanan, peserta berpeluang mengesan bunga Rafflesia yang jarang ditemui serta melihat hidupan liar di habitat semula jadi mereka. Perjalanan diteruskan ke Sungai Papan untuk menikmati makan tengah hari berbungkus sambil berehat di tepi sungai yang tenang.

Selepas itu, trekking diteruskan ke kawasan Salt Lick iaitu tempat semula jadi yang sering dikunjungi haiwan liar untuk mendapatkan sumber garam mineral. Kemudian, rumah bot akan berlabuh di Sungai Ruak dan peserta akan disajikan dengan minum petang sambil menikmati suasana hutan yang tenang. Pada waktu malam, makan malam BBQ yang menyelerakan menanti, diikuti dengan pelbagai hiburan seperti permainan, tayangan filem dan karaoke yang menceriakan suasana malam bersama rakan-rakan.

  • Sarapan
  • Aktiviti trekking di Sungai Kooi (Mengesan Rafflesia dan Hidupan Liar)
  • Makan Tengah Hari Berbungkus di Sungai Papan
  • Trekking ke kawasan Salt Lick
  • Minum Petang – Berlabuh di Sungai Ruak
  • Makan Malam BBQ
  • Nikmati permainan, malam wayang & karaoke

Pelan Makanan: Sarapan, Makan Tengah Hari Berbungkus, Minum Petang, Makan Malam

Hari 3

Pagi dimulakan dengan sarapan untuk memberi tenaga sebelum memulakan aktiviti trekking ke air terjun di Sungai Ruak. Perjalanan ini memberikan peluang terakhir untuk menikmati keindahan alam dan udara segar hutan hujan. Setelah selesai aktiviti, peserta akan mendaftar keluar dari Rumah Bot dan bersiap untuk bertolak pulang ke pusat bandar Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang, peserta boleh berhenti seketika untuk makan tengah hari dengan perbelanjaan sendiri sebelum meneruskan perjalanan sehingga tiba di destinasi.

  • Sarapan
  • Trekking ke Air Terjun di Sungai Ruak
  • 12:00 Tengah Hari: Daftar keluar
  • Bertolak pulang ke Pusat Bandar Kuala Lumpur
  • Berhenti makan tengah hari (perbelanjaan sendiri)

Pelan Makanan: Sarapan 

Termasuk:

  • 2 malam penginapan di Rumah Bot
  • Makanan seperti yang dinyatakan dalam itinerari
  • Pengangkutan pergi balik secara persendirian ke Belum Rainforest Resort
  • Aktiviti seperti yang dinyatakan itinerari

Tidak Termasuk:

  • Makanan selain yang dinyatakan
  • Aktiviti selain yang dinyatakan
  • Pengangkutan selain yang dinyatakan
  • Travel insurance (Sangat digalakkan)
  • Lain lain perbelanjaan yang tidak tertera dalam sesi “Termasuk”

Perkara Penting:

  • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
  • Aktiviti yang disediakan (jika termasuk) dalam pakej adalah percuma, tidak ada pemulangan fi pakej jika aktiviti dibatalkan.
  • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
  • Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza berbanding dengan unit sebenar.

  • Minimum 10 orang; maksimum 14 orang
  • Perlu membawa botol air sendiri dan pakaian yang sesuai/kasut trekking untuk aktiviti luar

Harga:

Harga pakej dikira ikut kepala

Tempoh Perjalanan: 1 Mei – 31 Mac 2025

Houseboat Package Price per person
RM 1,590

Pertanyaan:

Sila tekan butang whatsapp/email di sebelah kanan untuk pertanyaan

6 Kelebihan booking dengan Holidaygogogo Tours Sdn Bhd!

  • Menawarkan perkhidmatan secara One-to-One bersama pegawai perkhidmatan pelanggan untuk disesuaikan dengan tempahan pra-ketibaan dan cadangan pakej percutian. Pihak kami ingin memastikan pelanggan mendapat maklum balas yang cepat dan memperoleh maklumat terkini walaupun pada hujung minggu atau cuti umum.
  • Merupakan syarikat agensi pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). *Anda boleh menekan pautan MOTAC/MATTA di atas dengan memasukkan nama syarikat kami: Holidaygogogo Tours untuk memerika lesen dan keahlian kami sebagai syarikat pelancongan yang berlesen. Kami bukan scammers/penipu.
  • Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan. Kami bersikap serius dan profesional dalam menjalankan perniagaan.
  • Diberikan rating 5-bintang oleh pelanggan kami di Google dan Facebook. Kami membenarkan pelanggan menilai servis kami secara terbuka, hanya agensi pelancongan yang memberikan servis perkhidmatan yang terbaik berani berbuat begitu.
  • Melakukan pemeriksaan tempat secara berkala demi memastikan kualiti servis dan produk dapat dipenuhi mengikut keperluan pelanggan.
  • Segala tempahan akan dilaksanakan dengan prosedur kertas kerja yang lengkap dan disokong oleh dokumen sokongan. Pihak kami tidak akan mengutip apa-apa bayaran tanpa sebarang dokumentasi. Kami akan memastikan semua tempahan telah dilaksanakan sebelum mengutip pembayaran.

Ulasan untuk Holidaygogogo:

Ulasan:

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

HolidayGoGoGo
Average rating:  
 0 reviews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *