RM145 - RM220
中文 | ENG
Promosi atas talian terkini untuk Pakej 2H1M Escape Penang + Base Camp, jimat lebih banyak apabila anda menempah dengan Holidaygogogo! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!
Tarikan Pakej
- Lawatilah ESCAPE Penang dan berkhemah didalam hutan dibawah bintang-bintang!
- Nikmatilah 2 hari yang menyeronokkan di ESCAPE Penang dengan lebih dari 30 aktiviti Adventure Play dan Water Play yang anda boleh sertai.
Jadual Perjalanan:
Hari 1
Selamat datang para pengembara! Jika lawatan 1 hari di ESCAPE Penang tidak cukup bagi anda, anda patut pilih pakej ini kerana anda boleh bermain selama 2 hari! Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh menginap di ESCAPE Penang Base Camp dan bawa khemah anda sendiri tanpa cas tambahan! Pakej ini sesuai bagi anda yang sudah biasa dengan aktviti lasak dan sukakan alam sekitar.
Untuk masuk ke dalam ESCAPE Penang sangat mudah dengan hanya mengimbas wajah anda dan siap! Seterusnya, masuk ke dalam tapak khemah dan mulalah pasang khemah bersebelahan dengan kenderaan anda. Rancang hari anda dengan bermain di Adventure Play selama 1 hari dan teruskan bermain Water Play pada keesokan harinya, semuanya terpulang kepada anda.
10.30AM – Masuk ke ESCAPE
11.00AM – Pergi ke Adventure Play atau Water Play, masa sendiri
05.30PM – Pasang khemah, masa sendiri
Pelan Makanan: N/A
Hari 2
Selamat Pagi! Siap sedia untuk lagi satu hari pengembaraan di ESCAPE Penang. Perlu diingatkan, ESCAPE Penang tidak membenarkan anda masuk semula jika anda keluar dari taman tema ini. Tetapi, jika anda ingin membeli sarapan, makan malam atau bekalan lain diluar, anda hanya boleh keluar di luar waktu operasi ESCAPE Penang.
Selepas anda sarapan dan nikmati waktu lapang anda, boleh masuk semula ke ESCAPE Penang selepas jam 10AM dan anda sudah bersedia untuk aktiviti seterusnya. Anda juga boleh mengemas semua peralatan peribadi anda, kemudian pergi ke taman tema.
08.00AM – Sarapan, masa sendiri
10.00AM – Masuk ke ESCAPE Penang, masa sendiri
06.00PM – bersiap untuk pulang ke rumah
Pelan Makanan: N/A
Termasuk:
- 1 Malam Penginapan di ESCAPE Penang Base Camp
- 2 Hari Tiket Masuk ke ESCAPE Penang
- Khemah
Tidak Termasuk:
- Peralatan Tempat Tidur
- Makanan
- Peralatan Mandian
- Travel insurance (Sangat digalakkan)
- Lain lain perbelanjaan yang tidak tertera dalam sesi "Termasuk"
Note Penting:
- Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
- Aktiviti yang disediakan (jika termasuk) dalam pakej adalah percuma, tidak ada pemulangan fi pakej jika aktiviti dibatalkan.
- Terma dan syarat lain untuk tempahan.
- Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza benbanding dengan unit sebenar.
- Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bagi tujuan penyelenggaraan.
- Kanak-kanak dibawah 3 tahun masuk secara percuma (perlu tunjuk bukti pengesahan).
- Warga emas berumur 61 tahun keatas masuk secara percuma (perlu tunjuk bukti pengesahan)
- Pemegang Kad OKU masuk secara percuma (perlu tunjuk kad OKU)
- Anda digalakkan untuk membawa khemah sendiri (tiada cas tambahan) untuk mengelakkan tidak cukup khemah.
- Waktu operasi ESCAPE Penang ialah pada pukul 10AM – 6PM, dan anda tidak dibenarkan untuk keluar dan masuk semula pada waktu ini.
- Daftar Masuk: 3.00PM
- Daftar Keluar: 12.00PM
- Anda dibenarkan untuk keluar dari BASECAMP diluar waktu operasi ESCAPE Penang.
- Bilik air berkongsi disediakan.
- Had maksima setiap khemah ialah untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak sahaja.
Harga:
Harga dikira mengikut bilangan peserta
Harga Biasa
Validity: 1 November – 31 December 2022
2D1N ESCAPE Penang + Base Camp
(13 years above) Dewasa | (4-12 Tahun) Kanak-kanak |
RM220 | RM145 |
Pertanyaan:
Sila tekan butang whatsapp/email di sebelah kanan untuk pertanyaan
Pakej Berkaitan:
Ulasan:
Submit your review | |