(2025 Promo) 2h1m Dayang Resort, Semporna Pakej Rekreasi

Aerial View of the Resort
Room Entrance
Wooden Classic Room
Wooden Classic Room Layout
Seating Corner
Electric Kettle, Mugs and Bottled Water
Sink and Mirror
Modern White Room
Modern White Room Layout
Open Ocean Views
Relax on the Window Seat
Sink and Mirror
Bathroom
Private Net Bed Hammock
Lounge on the Net Bed
Private Balcony with Reclining Chairs
Private Stairs into the Ocean
Sunrise at the Resort
Evening View of the Resort
Catch the Sunset
Stroll Around the Resort
Paddle in a Clear Kayak
Variety of Dishes Served
Romatic Dinner on the Water
Enjoy a Variety of Fresh Seafood
previous arrow
next arrow
 
Shadow

From

RM700

EN

Promosi atas talian terkini untuk 2d1n Dayang Resort, Semporna Pakej Rekreasi, jimat lebih banyak apabila anda menempah dengan Holidaygogogo! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!

Tarikan Pakej:

  • Lawati Semporna, terkenal dengan perairan jernih yang dipenuhi  dan kaya dengan pelbagai hidupan laut.
  • Nikmati penginapan di Dayang Resort yang tenang, terletak di Laut Sulawesi, sambil meneroka pulau-pulau, bersnorkel, atau sekadar berehat.
  • Rasai pengalaman snorkeling di perairan yang jernih dan saksikan keindahan kehidupan laut yang berwarna-warni.

Jadual Perjalanan:

Hari 1

Tiba di Lapangan Terbang Tawau dan bertemu dengan pemandu sebelum meneruskan perjalanan ke Semporna. Setibanya di Jeti Seafest pada waktu petang, bersiap sedia untuk menaiki bot ke Dayang Resort, perjalanan yang mengambil masa sekitar 10-15 minit. Setelah tiba, daftar masuk ke resort dan nikmati minum petang. Luangkan masa untuk bersantai di buaian jaring atau berenang di perairan jernih dan pada waktu malam, nikmati makan malam sebelum menikmati kemudahan karaoke di resort.

  • Tiba di Lapangan Terbang Tawau
  • Bertemu dengan pemandu
  • Bertolak ke Semporna
  • 2:00 Petang – 2:30 Petang: Berkumpul di Jeti Dragon Inn
  • Perjalanan dengan bot ke Dayang Resort, sekitar 10-15 minit sehala
  • Tiba di resort, daftar masuk
  • Minum petang
  • Beans & santai di atas buaian jaring atau berenang
  • 7:00 Malam: Makan malam
  • Nikmati kemudahan karaoke

Pelan Makanan: Minum Petang, Makan Malam

Hari 2

Mulakan pagi dengan sarapan sebelum menikmati aktiviti snorkeling di sekitar resort. Luangkan masa untuk bersantai dan menikmati kemudahan yang disediakan sebelum daftar keluar. Seterusnya, menaiki bot menuju ke Jeti Seafest. Sebaik tiba di jeti, perjalanan diteruskan ke Lapangan Terbang Tawau untuk penerbangan pulang, menamatkan percutian dengan kenangan indah.

  • Sarapan
  • Snorkeling di sekitar resort
  • Bebas & santai nikmati kemudahan resort
  • Daftar keluar
  • 11:00 Pagi – 11:30 Pagi: Perjalanan dengan bot ke Jeti Seafest
  • Tiba di Jeti Seafest
  • Penghantaran ke Lapangan Terbang Tawau
  • Lawatan tamat

Pelan Makanan: Sarapan

Termasuk:

  • Penghantaran dua hala lapangan terbang ke/dari jeti
  • Penghantaran dua hala bot laju ke/dari resort
  • 1 malam penginapan di bilik berhawa dingin dengan pemandangan laut
  • Hidangan seperti yang dinyatakan dalam itinerari
  • Aktiviti bersnorkel di sekitar resort dengan peralatan disediakan

Tidak Termasuk:

  • Makanan selain yang dinyatakan
  • Aktiviti selain yang dinyatakan
  • Lawatan & penghantaran selain yang dinyatakan
  • Travel insurance (Sangat digalakkan)
  • Lain lain perbelanjaan yang tidak tertera dalam sesi “Termasuk”

Perkara Penting:

  • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
  • Aktiviti yang disediakan (jika termasuk) dalam pakej adalah percuma, tidak ada pemulangan fi pakej jika aktiviti dibatalkan.
  • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
  • Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza berbanding dengan unit sebenar.

  • Minimum 2 dewasa
  • Tiada caj untuk bayi dan kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun
  • Kadar kanak-kanak dikenakan untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun
  • Pengembara solo dikenakan caj tambahan bilik tunggal sebanyak 100% daripada harga pakej
  • Aktiviti berenang dan aktiviti air dibenarkan dari jam 6 pagi – 6 petang
  • Snorkeling tanpa had di sekitar Dayang Resort dari jam 6 pagi – 6 petang; peralatan snorkeling berdasarkan siapa cepat dia dapat
  • Minuman beralkohol dilarang sama sekali di Dayang Resort
  • Permintaan untuk pemindahan speedboat persendirian di luar waktu yang dijadualkan akan dikenakan caj tambahan RM100 sehala
  • Setiap bilik mempunyai balkoni peribadi
  • Caj tambahan RM50 setiap bilik setiap malam akan dikenakan semasa musim puncak: 21 Disember 2024 – 31 Disember 2024

Harga:

Harga pakej dikira ikut kepala

Sah sehingga 31 Disember 2025

Modern Wood  / Wooden Classic Malaysian

Non-Malaysian

Adult Child Adult Child
Minimum 2 Adult RM 735 RM 418 RM 810 RM 455
Minimum 3 – 4 Adult RM 568 RM 335 RM 700 RM 400
Surcharge RM50/room/night :
30 August – 1 September 2025, 21 December – 31 December 2025

Pertanyaan:

Sila tekan butang whatsapp/email di sebelah kanan untuk pertanyaan

6 Kelebihan booking dengan Holidaygogogo Tours Sdn Bhd!

  • Menawarkan perkhidmatan secara One-to-One bersama pegawai perkhidmatan pelanggan untuk disesuaikan dengan tempahan pra-ketibaan dan cadangan pakej percutian. Pihak kami ingin memastikan pelanggan mendapat maklum balas yang cepat dan memperoleh maklumat terkini walaupun pada hujung minggu atau cuti umum.
  • Merupakan syarikat agensi pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). *Anda boleh menekan pautan MOTAC/MATTA di atas dengan memasukkan nama syarikat kami: Holidaygogogo Tours untuk memerika lesen dan keahlian kami sebagai syarikat pelancongan yang berlesen. Kami bukan scammers/penipu.
  • Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan. Kami bersikap serius dan profesional dalam menjalankan perniagaan.
  • Diberikan rating 5-bintang oleh pelanggan kami di Google dan Facebook. Kami membenarkan pelanggan menilai servis kami secara terbuka, hanya agensi pelancongan yang memberikan servis perkhidmatan yang terbaik berani berbuat begitu.
  • Melakukan pemeriksaan tempat secara berkala demi memastikan kualiti servis dan produk dapat dipenuhi mengikut keperluan pelanggan.
  • Segala tempahan akan dilaksanakan dengan prosedur kertas kerja yang lengkap dan disokong oleh dokumen sokongan. Pihak kami tidak akan mengutip apa-apa bayaran tanpa sebarang dokumentasi. Kami akan memastikan semua tempahan telah dilaksanakan sebelum mengutip pembayaran.

Ulasan untuk Holidaygogogo:

Ulasan:

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

HolidayGoGoGo
Average rating:  
 0 reviews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *