fbpx ...

(2024/25 Promo) 3h2m Pakej Jelajah Muslim Hat Yai

Samila Beach
The Central of Mosque Songkhla
Khlong Hae Floating Market
Ranu Kohyo
Samila Beach
See Elephant at Chang Puak Camp Hat Yai
Herbal Medicine Product At Erawadee
Big Bee Garden
Songkhla Flower Farm
Songkhla City
Variety Dim Sum at Dim Sum Chabura
NoraPlaza
Tuk Tuk view in Floating Market
Greenway Night Market
Thailand Traditional Dance at Khlong Hae Floating Market
Lee Garden Night Market
Central Hatyai
Shopping at Dannok
previous arrow
next arrow
 
Shadow

From

RM385

EN

Promosi atas talian terkini untuk3d2n Pakej Jelajah Muslim Hat Yai, jimat lebih banyak apabila anda menempah dengan Holidaygogogo! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!

Tarikan Pakej:

  • Alami pengalaman membeli-belah di Nora Plaza untuk barangan kulit dan minuman sarang burung, serta menerokai makanan ringan dan cenderahati tempatan di Pasar Terapung Khlong Hae.
  • Nikmati keindahan Ladang Bunga Songkhla dan melihat gajah dengan lebih dekat di Chang Puak Elephant Camp.
  • Bersantai di Pantai Samila, juga dikenali sebagai Pantai Duyung, sambil menikmati pemandangan laut yang menakjubkan.
  • Lawati ke Masjid Pusat Songkhla, contoh seni bina Islam yang mengagumkan di rantau ini.
  • Nikmati hidangan tempatan di pelbagai restoran yang disyorkan, dan membeli produk herba di Erawadee Hat Yai.

Jadual Perjalanan:

Hari 1

Selamat datang ke Hatyai! Mulakan perjalanan anda di sempadan Padang Besar atau Dannok, di mana anda akan disambut mesra. Lawatan pertama anda adalah di Nora Plaza untuk membeli-belah cenderahati, barangan kulit, dan menikmati minuman Sarang Burung (dengan kos sendiri). Seterusnya, anda akan mengunjungi ke Ranu Kohyo: Kilang Kacang & Gajus untuk membeli snek yang lazat. Selepas itu,anda melawat ke Big Bee Farm untuk meneroka produk madu dan penjagaan kulit yang diperbuat daripada madu lebah.

Untuk makan tengah hari, kami mencadangkan Kak Sah Muslim Kitchen untuk hidangan Malaysia atau Kai-Tod Decha untuk ayam goreng Thai yang lazat, dengan kos sendiri.
Selepas mendaftar masuk ke hotel, anda akan melawat ke Pasar Terapung Khlong Hae untuk menikmati snek tempatan dan suasana yang meriah. Tamatkan hari pertama anda di hotel dengan kenangan indah di Hatyai!

  • 7:00 a.m. – Sambutan mesra di sempadan Padang Besar atau sempadan Dannok.
  • 9:30 a.m. – Nora Plaza: Membeli-belah produk Nora’s Bird Nest dan barangan kulit. (Jarak perjalanan: 1 jam lebih dari sempadan Padang Besar | 1 jam 20 min dari sempadan Dannok)
  • 10:30 a.m. – Ranu Kohyo: Kilang Kacang & Gajus. (3 minit perjalanan)
  • 11:30 a.m. – Big Bee Farm (Garden) Hatyai: Kilang Lebah, set penjagaan kulit, mandian, dan produk kesihatan. (lebih kurang 4 minit perjalanan)
  • 12:30 p.m. – Makan Tengahari: Pilih salah satu restoran yang disyorkan (Dengan kos sendiri)
    • Kak Sah Muslim Kitchen (2.9km / 10 min dari Big Bee Garden)
    • Kai-Tod Decha (Bangloh) Chee Uthit Branch (2.4km / 8 min dari Big Bee Garden)
  • 2:00 p.m. – Daftar masuk hotel.
  • 4:30 p.m. – Khlong Hae Floating Market (Jumaat, Sabtu, Ahad). (lebih kurang 30 minit perjalanan)
  • 5:30 p.m. – Kembali ke hotel, acara bebas.

Pilihan: 4 lokasi membeli-belah malam yang boleh anda kunjungi dengan Tuk-tuk atau berjalan kaki, bergantung kepada hotel yang anda pilih. (Pengangkutan dengan kos sendiri).

  • Lee Garden Night Market
  • Greenway Night Market
  • ASEAN Night Bazaar
  • Central Hatyai

Pelan Makanan: N/A

Hari 2

Mulakan hari anda dengan dijemput dari hotel untuk berseronok. Nikmati sarapan di Dimsum Chabura Hatyai (dengan kos sendiri), di mana anda boleh mencuba pelbagai jenis dim sum. Seterusnya, anda akan melawat ke Ladang Bunga Songkhla*, taman bunga pertama di kawasan ini yang dipenuhi dengan bunga-bunga berwarna-warni. Kemudian, anda akan pergi ke Chang Puak Elephant Camp* untuk melihat gajah dari dekat dan mengambil gambar menarik bersama mereka.

Untuk makan tengah hari, kami mencadangkan The Seaside Halal (dengan kos sendiri) untuk menikmati makanan laut segar dengan pemandangan laut, atau Khu Tao Hanging Leg Noodles (dengan kos sendiri) untuk hidangan mi yang lazat. Pada sebelah petang, anda akan melawat ke Pantai Samila, juga dikenali sebagai Pantai Duyung, dan nikmati pemandangan indah di situ. Akhiri hari kedua anda di Masjid Pusat Songkhla, sebuah bangunan menakjubkan dengan reka bentuk Islamik yang indah. Selapas itu, anda akan pulang ke hotel dan kenang kembali pengalaman hebat di Songkhla!

  • 8:00 a.m. – Jemput di hotel.
  • 9:00 a.m. – Sarapan pagi di Dimsum Chabura Hatyai. (Dengan kos sendiri)
  • 10:00 a.m. – Ladang Bunga Songkhla: Taman bunga pertama di Songkhla. (Tiket Masuk Tidak Termasuk) (lebih kurang 20 minit perjalanan)
  • 11:00 a.m. – Kem Gajah Chang Puak. (Lebih kurang 2 minit perjalanan)
  • 1:00 p.m. – Makan Tengahari: Pilih salah satu restoran yang disyorkan (Dengan kos sendiri)
    • The Seaside Halal (13.5km / 16 minit dari Kem Gajah)
    • Khu Tao Hanging Leg Noodles (14km / 20 minit dari Kem Gajah)
  • 2:30 p.m. – Pantai Samila: Pantai Duyung. (Lebih kurang 25 minit perjalanan)
  • 4:30 p.m. – Masjid Pusat Songkhla. (Lebih kurang 30 minit perjalanan)
  • 5:30 p.m. – Kembali ke hotel, acara bebas.

 

*BAYARAN TAMBAHAN (TIDAK TERMASUK)

Songkhla Flower Farm: Bayaran Masuk (Dewasa) 60 THB
Songkhla Flower Farm: Bayaran Masuk (Kanak-kanak) 20 THB
Chang Puak Camp: Naik Gajah 700 THB
Chang Puak Camp: Naik ATV 700 THB

Pilihan: 4 lokasi membeli-belah malam yang boleh anda kunjungi dengan Tuk-tuk atau berjalan kaki, bergantung kepada hotel yang anda pilih. (Pengangkutan dengan kos sendiri).

  • Lee Garden Night Market
  • Greenway Night Market
  • ASEAN Night Bazaar
  • Central Hatyai

Pelan Makanan: N/A

Hari 3

Mulakan hari anda dengan daftar keluar dari hotel dan nikmati sarapan di Restoran Thai-Malaysia (dengan kos sendiri), di mana anda akan menikmati hidangan tempatan yang lazat. Seterusnya, anda akan mengunjungi ke Erawadee Hat Yai untuk sesi pengenalan produk termasuk minyak herba, produk kebersihan, penyelesaian penjagaan rambut, dan teh kesihatan.

Kemudian, pergi ke Dannok untuk membeli-belah dan makan tengah hari, sambil meneroka kedai-kedai tempatan dan menikmati pelbagai hidangan yang lazat. Di perjalanan anda terakhir, anda akan dihantar ke sempadan Dannok atau Padang Besar untuk perjalanan pulang, sambil mengenang pengalaman indah di Songkhla. Selamat jalan Hatyai!

  • 9:00 a.m. – Daftar keluar hotel
  • 9:30 a.m. – Sarapan pagi di Restoran Thai-Malaysia (Dengan kos sendiri)
  • 10:40 a.m. – Erawadee Hat Yai, sesi pengenalan produk minyak herba (Lebih kurang 13 minit perjalanan)
  • 11:00 a.m. – Membeli-belah & makan tengah hari di Dannok. (1 jam perjalanan)
  • 2:00 p.m. – Pindah ke sempadan Dannok atau Padang Besar (Jarak perjalanan: 25 minit dari sempadan Padang Besar | 3 minit dari sempadan Dannok)

Pelan Makanan: N/A

Termasuk:

  • Penginapan 2 malam di Hatyai (bilik twin / double)
  • Pengangkutan selama 3 hari dengan pemandu tempatan (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris) mengikut jadual perjalanan kecuali destinasi pilihan.
  • Lawatan mengikut jadual perjalanan: Nora Plaza, Kilang Kacang & Gajus Ranu Kohyo, Pasar Terapung Khlong Hae, Ladang Bunga Songkhla, Chang Puak Elephant Camp, Masjid Pusat Songkhla, Erawadee Hat Yai. 
  • Restoran yang disyorkan dalam jadual perjalanan (tertakluk kepada keadaan pada hari tersebut).

Tidak Termasuk:

  • Makanan (Restoran yang dinyatakan dalam jadual perjalanan adalah berdasarkan cadangan sahaja.)
  • Semua bayaran masuk atau bayaran tambahan seperti yang dinyatakan dalam program: (bayaran masuk Ladang Bunga Songkhla, naik gajah atau ATV di Chang Puak Elephant Camp.
  • Semua aktiviti yang disenaraikan (membeli-belah, sarapan, makan tengah hari, minum air sarang burung di Nora Plaza, menunggang gajah, menunggang ATV).
  • Tiket pengangkutan ke Thailand seperti tiket penerbangan, bas, dan kereta api.
  • Lawatan lain yang tidak disebut dalam pakej.
  • Tips. (Tidak wajib untuk pengangkutan & hotel)
  • Travel insurance (Sangat digalakkan)
  • Lain lain perbelanjaan yang tidak tertera dalam sesi “Termasuk”

Perkara Penting:

  • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
  • Aktiviti yang disediakan (jika termasuk) dalam pakej adalah percuma, tidak ada pemulangan fi pakej jika aktiviti dibatalkan.
  • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
  • Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza benbanding dengan unit sebenar.

  • Minimum 4 Dewasa.
  • Pemandu pelancong tersedia untuk bas sahaja.
  • Sarapan pagi tidak disertakan di semua hotel.
  • Waktu daftar masuk hotel adalah pada pukul 14.00 dan waktu daftar keluar adalah pada pukul 12.00 tengah hari.
  • Ukuran Kabin: Purata bagasi 24 inci.
  • Restoran  mungkin berubah mengikut keadaan semasa.
  • Jadual dalam jadual perjalanan adalah berdasarkan zon waktu Thailand.
  • Umur Kanak-kanak Berkenaan di Thailand: 4 – 9 tahun

Harga:

Harga pakej dikira ikut kepala

Sah sehingga 31 Disember 2024

Hotel Taraf Hotel Jenis Bilik 4 – 5 Pax 6 – 7 Pax 8 – 9 Pax
V.L Hatyai Hotel 3 Bintang Double / Twin RM 640 RM 480 RM 405
Clover Hotel 3 Bintang Double / Twin RM 620 (Ahad – Khamis)

RM 640 (Jumaat – Sabtu)

RM 465 (Ahad – Khamis)

RM 480 (Jumaat – Sabtu)

RM 385 (Ahad – Khamis)

RM 405 (Jumaat – Sabtu)

Golden Crown Grand Hotel 3 Bintang Double / Twin RM 655 RM 500 RM 420

Single Supplement: RM 170/pax; Katil Tambahan: RM 535/pax; Kanak-kanak tanpa katil: RM 470/pax

Hotel serupa atau dalam kelas yang sama akan digunakan jika hotel yang dinyatakan di atas penuh. Caj tambahan hotel mungkin dikenakan pada hujung minggu, cuti sekolah, dan cuti umum Malaysia / Thailand. (Kadar berdasarkan tempahan)

Pertanyaan:

Sila tekan butang whatsapp/email di sebelah kanan untuk pertanyaan

6 Kelebihan booking dengan Holidaygogogo Tours Sdn Bhd!

  • Menawarkan perkhidmatan secara One-to-One bersama pegawai perkhidmatan pelanggan untuk disesuaikan dengan tempahan pra-ketibaan dan cadangan pakej percutian. Pihak kami ingin memastikan pelanggan mendapat maklum balas yang cepat dan memperoleh maklumat terkini walaupun pada hujung minggu atau cuti umum.
  • Merupakan syarikat agensi pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). *Anda boleh menekan pautan MOTAC/MATTA di atas dengan memasukkan nama syarikat kami: Holidaygogogo Tours untuk memerika lesen dan keahlian kami sebagai syarikat pelancongan yang berlesen. Kami bukan scammers/penipu.
  • Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan. Kami bersikap serius dan profesional dalam menjalankan perniagaan.
  • Diberikan rating 5-bintang oleh pelanggan kami di Google dan Facebook. Kami membenarkan pelanggan menilai servis kami secara terbuka, hanya agensi pelancongan yang memberikan servis perkhidmatan yang terbaik berani berbuat begitu.
  • Melakukan pemeriksaan tempat secara berkala demi memastikan kualiti servis dan produk dapat dipenuhi mengikut keperluan pelanggan.
  • Segala tempahan akan dilaksanakan dengan prosedur kertas kerja yang lengkap dan disokong oleh dokumen sokongan. Pihak kami tidak akan mengutip apa-apa bayaran tanpa sebarang dokumentasi. Kami akan memastikan semua tempahan telah dilaksanakan sebelum mengutip pembayaran.

Ulasan untuk Holidaygogogo:

Excellent
Based on 681 reviews
Kalai Ace
Kalai Ace
2024-11-18
We booked a 4D3N trip to Kuching Sarawak for 4 people. Everything was arranged as per our requirement and the tour agent was prompt in replying to any queries and questions. The tour guide was super nice and friendly and really helped us during our stay there. Overall, we had a great time and well worth the money. Thanks.
NoRules Gaming
NoRules Gaming
2024-11-13
Perfect A to Z and fast response.perfect tours company recommended. Thanks so much will come to you guys soon .
Shean Nian Liew
Shean Nian Liew
2024-11-07
Excellent arrangement and responsiveness from the company, our family was so happy travel schedule and plan
F E Lim
F E Lim
2024-11-05
Great service, effective communication & efficient! Soo has been very helpful making my booking with holidaygogogo a great experience & my trip to DaNang smooth & easy. 5 star accommodation highly recommended them!
azra isma
azra isma
2024-11-04
We all really enjoy this trip. Many place can visit. The hotel we stayed in was comfortable. The hotel staff is very friendly. For the food we are also satisfies. The food provided is delicious.

Read more - Google Review | Facebook Review

Ulasan:

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

HolidayGoGoGo
Average rating:  
 0 reviews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *