(2025 Promo) 5h4m Pakej Percutian Bangkok & Ayutthaya

Ayutthaya Ancient City Bangkok
Ayutthaya Ancient City – Wat Mahathat
Damnoen Saduak Floating Market
Icon Siam Shopping Mall
Ayutthaya Ancient City
Bang Pa-in Palace
Wat Mahathat
Wat Lokayasutharam
Rak Na Ayutthaya
Chai Watthanaram Temple
Go Sightseeing in a Longtail Boat
Damnoen Saduak Floating Market
Maeklong Railway Market
Siam Shopping Mall
Platinum Fashion Mall
Icon Siam Shopping Mall
One Bangkok Shopping Mall
Centralworld Mall
Chatuchak Market
Browse Wares at Chatuchak Market
previous arrow
next arrow
 
Shadow
From

RM1,080

EN

Promosi atas talian terkini untuk 5h4m Pakej Percutian Bangkok, & Ayutthaya, jimat lebih banyak apabila anda menempah dengan Holidaygogogo! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!

Tarikan Pakej:

  • Alami kesibukan bandar Bangkok yang penuh warna-warni, terkenal dengan kuil-kuil megah, pusat beli-belah moden, dan pasar jalanan yang meriah.
  • Terokai kota lama Ayutthaya yang kaya dengan sejarah, dipenuhi dengan kuil lama dan peninggalan zaman kegemilangan Kerajaan Siam.
  • Rasai pengalaman membeli-belah unik di Damnoen Saduak Floating Market, pasar terapung terkenal dengan bot-bot penuh dengan hasil segar, makanan tempatan, dan cenderamata menarik.
  • Terokai kuil-kuil di Ayutthaya, tempat-tempat ibadat bersejarah yang menampilkan hasil seni bina indah dan warisan budaya yang menakjubkan.

Jadual Perjalanan:

Hari 1

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok, anda akan disambut oleh wakil tempatan dan dibawa ke hotel untuk proses daftar masuk. Selepas itu, anda mempunyai masa bebas untuk berehat atau meneroka kawasan sekitar mengikut keselesaan dan bermalam di Bangkok.

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok
  • Bertemu & disambut dengan wakil tempatan
  • Penghantaran ke hotel, daftar masuk
  • Bebas & santai
  • Bermalam di Bangkok

Pelan Makanan: –

Hari 2

Hari dimulakan dengan sarapan di hotel sebelum bertolak dari lobi menuju ke Kota Ayutthaya, yang mengambil masa kira-kira 90 minit perjalanan. Lawatan dimulakan di Bang Pa-In Palace, istana musim panas yang menampilkan seni bina yang cantik dengan taman yang terjaga rapi.

Seterusnya, nikmati makan tengah hari di restoran tempatan (perbelanjaan sendiri) dan berpeluang merasai Roti Sai Mai, sejenis pencuci mulut tradisional Ayutthaya yang terkenal. Selepas itu, melawat beberapa kuil bersejarah seperti Wat Mahathat yang terkenal dengan kepala Buddha yang terbenam di celah akar pokok dan Wat Lokayasutharam yang menampilkan patung Buddha berbaring besar. Lawatan diteruskan ke Rak Na Ayutthaya dan Kuil Chai Watthanaram yang mempamerkan keindahan seni bina. Anda juga akan menaiki bot Long-tail untuk bersiar-siar, menyaksikan pemandangan yang menakjubkan. Selepas lawatan, anda akan dibawa pulang ke Bangkok dan dihantar ke hotel. Masa selebihnya adalah bebas untuk berehat atau berjalan-jalan dan bermalam di Bangkok.

  • Sarapan di hotel
  • 9:00 pagi: Bertolak dari lobi hotel
  • Bertolak ke Kota Ayutthaya (perjalanan 90 minit)
  • Lawatan ke Bang Pa-In Palace
  • Makan tengah hari di restoran tempatan (perbelanjaan sendiri)
  • Percuma merasai Roti Sai Mai
  • 2:00 petang: Lawatan ke kuil
  • Melawat Wat Mahathat dan Wat Lokayasutharam
  • Melawat Rak Na Ayutthaya dan Kuil Chai Watthanaram
  • Menaiki bot Long-tail untuk bersiar-siar di Kota Purba Ayutthaya
  • 6:30 petang: Kembali ke Bangkok
  • Balik ke hotel, bebas & santai
  • Bermalam di Bangkok

Pelan Makanan: Sarapan

Hari 3

Pagi dimulakan dengan sarapan di hotel sebelum berangkat dari lobi menuju ke Damnoen Saduak Floating Market, dengan perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam untuk menikmati pelbagai makanan tempatan yang dijual dari sampan sambil merasai kelapa muda dan puding santan segar secara percuma, menjadikan pengalaman anda lebih menarik. Lawatan diteruskan ke Maeklong Railway Market, pasar unik yang terletak di atas landasan kereta api. Selesai lawatan, anda akan dibawa pulang ke hotel untuk berehat dan menikmati masa bebas sebelum bermalam di Bangkok.

  • Sarapan di hotel
  • 10:00 pagi: Bertolak dari lobi hotel
  • Berangkat ke Damnoen Saduak Floating Market (perjalanan 120 minit)
  • Bebas & santai di pasar untuk menikmati makanan tempatan
  • Percuma kelapa muda (seorang satu) & puding santan segar
  • Lawatan ke Maeklong Railway Market
  • 4:00 petang: Balik ke hotel
  • Bebas & santai
  • Bermalam di Bangkok

Pelan Makanan: Sarapan

Hari 4

Hari dimulakan dengan sarapan di hotel sebelum bertolak dari lobi untuk menikmati penggunaan kenderaan persendirian selama 10 jam di Bangkok mengikut pilihan sendiri. Anda bebas membeli-belah di pusat membeli-belah terkenal seperti Siam Paragon, Platinum Fashion Mall, Icon Siam, One Bangkok dan CentralWorld atau meneroka Pasar Hujung Minggu Chatuchak yang terkenal dengan pelbagai barangan menarik. Selepas seharian membeli-belah dan bersiar-siar, anda akan dibawa pulang ke hotel untuk berehat sebelum bermalam di Bangkok.

  • Sarapan di hotel
  • 10:00 pagi: Bertolak dari lobi hotel
  • Penggunaan kenderaan persendirian selama 10 jam di Bangkok mengikut pilihan sendiri
  • Bebas & santai untuk membeli-belah sekitar Bangkok
  • Pusat membeli-belah: Siam Paragon, Platinum Fashion Mall, Icon Siam, One Bangkok, CentralWorld dan lain-lain
  • Meneroka Pasar Hujung Minggu Chatuchak
  • 8:00 malam: Balik ke hotel
  • Bermalam di Bangkok

Pelan Makanan: Sarapan

Hari 5

Hari terakhir dimulakan dengan sarapan di hotel, diikuti dengan masa bebas untuk berehat atau meneroka kawasan sekitar buat kali terakhir. Selepas daftar keluar, anda akan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok untuk perjalanan pulang dan lawatan tamat.

  • Sarapan di hotel
  • Bebas & santai
  • Daftar keluar
  • Penghantaran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok
  • Lawatan tamat

Pelan Makanan: Sarapan

Termasuk:

  • Penginapan 4 malam dengan sarapan di bandar Bangkok
  • Pengangkutan peribadi 2 hala ke lapangan terbang & hotel
  • Lawatan peribadi dan pengangkutan seperti yang dinyatakan dalam itinerari
  • Tiket masuk ke Rumah Musim Panas Bang Pa-in
  • Perjalanan bot Long tail di bandar Ayutthaya
  • Perjalanan bot Floating Market dengan pemandu pelancong
  • Penggunaan kereta sewa peribadi selama 1 hari (10 jam) di Bangkok & bandar berdekatan

Tidak Termasuk:

  • Tiket penerbangan
  • Makanan selain daripada yang dinyatakan dalam itinerari
  • Pengangkutan dan perkhidmatan pemindahan selain daripada yang dinyatakan
  • Aktiviti dan yuran masuk selain daripada yang dinyatakan
  • Pemandu pelancong selain daripada yang dinyatakan
  • Caj tambahan untuk masa pengangkutan lebih masa
  • Caj tambahan di luar kawasan perkhidmatan
  • Tip
  • Travel insurance (Sangat digalakkan)
  • Lain lain perbelanjaan yang tidak tertera dalam sesi “Termasuk”

Perkara Penting:

  • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
  • Aktiviti yang disediakan (jika termasuk) dalam pakej adalah percuma, tidak ada pemulangan fi pakej jika aktiviti dibatalkan.
  • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
  • Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza berbanding dengan unit sebenar.

  • Minimum 2 orang dan ke atas
  • Bayi dan kanak-kanak akan dikira sebagai jumlah penumpang
  • Kerusi kanak-kanak disediakan dari THB 200 setiap kerusi setiap hari
  • Pakej ini sah untuk ketibaan & pelepasan di lapangan terbang Don Mueang & Suvarnabhumi
  • Pengangkutan dari hotel akan diatur 4 jam sebelum waktu penerbangan penumpang berlepas
  • Masa menunggu percuma di lobi hotel adalah 30 minit; masa menunggu tambahan lebih daripada 30 minit akan ditolak daripada masa perkhidmatan
  • Pastikan untuk menukar wang lebih awal bagi memudahkan pembayaran di lokasi dan perbelanjaan peribadi semasa perjalanan
  • Caj tambahan perlu dibayar secara tunai terus kepada pemandu.
  • Lawatan bot tidak sesuai untuk wanita hamil
  • Kod pakaian Istana Musim Panas Bang Pa-In: Tidak dibenarkan memakai skirt pendek, seluar pendek, jean koyak, baju tanpa lengan, atau selipar.

Harga:

Harga pakej dikira ikut kepala

Tempoh Waktu Perjalanan: 01 Mac – 31 Oktober 2025

ROOM TYPE 2 3 4 5 6 7 8
Deluxe Twin RM 1,825 RM 1,505 RM 1,445 RM 1,245 RM 1,235 RM 1,190 RM 1,080
Remarks:

  • Bangkok Hotel: Baiyoke Boutique or similar
  • In the event that the specified hotel is fully booked, an equivalent hotel of a similar class or standard will be arranged as an alternative.
  • Surcharge may apply to Thailand’s Eve of Public Holiday & Public Holiday and International Holidays

Pertanyaan:

Sila tekan butang whatsapp/email di sebelah kanan untuk pertanyaan

6 Kelebihan booking dengan Holidaygogogo Tours Sdn Bhd!

  • Menawarkan perkhidmatan secara One-to-One bersama pegawai perkhidmatan pelanggan untuk disesuaikan dengan tempahan pra-ketibaan dan cadangan pakej percutian. Pihak kami ingin memastikan pelanggan mendapat maklum balas yang cepat dan memperoleh maklumat terkini walaupun pada hujung minggu atau cuti umum.
  • Merupakan syarikat agensi pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). *Anda boleh menekan pautan MOTAC/MATTA di atas dengan memasukkan nama syarikat kami: Holidaygogogo Tours untuk memerika lesen dan keahlian kami sebagai syarikat pelancongan yang berlesen. Kami bukan scammers/penipu.
  • Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan. Kami bersikap serius dan profesional dalam menjalankan perniagaan.
  • Diberikan rating 5-bintang oleh pelanggan kami di Google dan Facebook. Kami membenarkan pelanggan menilai servis kami secara terbuka, hanya agensi pelancongan yang memberikan servis perkhidmatan yang terbaik berani berbuat begitu.
  • Melakukan pemeriksaan tempat secara berkala demi memastikan kualiti servis dan produk dapat dipenuhi mengikut keperluan pelanggan.
  • Segala tempahan akan dilaksanakan dengan prosedur kertas kerja yang lengkap dan disokong oleh dokumen sokongan. Pihak kami tidak akan mengutip apa-apa bayaran tanpa sebarang dokumentasi. Kami akan memastikan semua tempahan telah dilaksanakan sebelum mengutip pembayaran.

Ulasan untuk Holidaygogogo:

Ulasan:

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

HolidayGoGoGo
Average rating:  
 0 reviews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *