(2025 Promo) 5H4M Pakej Mewah Batam & Bawah Island Resort

four bedroom pool villa
aura spa & wellbeing
batik making
activities for children
air-conditioned gym
aura scent bar experience
bbq nights
beach games
catamaran sailing
croquet & tennis lawn
indonesian cooking class
indonesian dance lesson
island hiking
jamu health tonic workshop
jungle bathing hike
paddle boarding
permacultures tour
private dining
starlight cinema
scuba diving
snorkelling
treasure hunt
infinity pool
garden views
infinity pool villa
overwater bungalow
tented beach suite
tented garden suite bathroom
tented garden suite
tented oceanfront suite
three berdroom deluxe pool villa
two bedroom deluxe pool villa
two bedroom garden pool villa
two bedroom treehouse lodge
wallace library
stargazing
Pacific palace hotel lobby
Pacific palace hotel restaurant
Pacific palace hotel room
Pacific Palace Hotel
four bedroom pool villa
aura spa & wellbeing
batik making
activities for children
air-conditioned gym
aura scent bar experience
bbq nights
beach games
catamaran sailing
croquet & tennis lawn
indonesian cooking class
indonesian dance lesson
island hiking
jamu health tonic workshop
jungle bathing hike
paddle boarding
permacultures tour
private dining
starlight cinema
scuba diving
snorkelling
treasure hunt
infinity pool
garden views
infinity pool villa
overwater bungalow
tented beach suite
tented garden suite bathroom
tented garden suite
tented oceanfront suite
three berdroom deluxe pool villa
two bedroom deluxe pool villa
two bedroom garden pool villa
two bedroom treehouse lodge
wallace library
stargazing
Pacific palace hotel lobby
Pacific palace hotel restaurant
Pacific palace hotel room
Pacific Palace Hotel
previous arrow
next arrow
 
Shadow

From

RM17,660

EN | CN

Promosi atas talian terkini untuk 5H4M Pakej Mewah Batam & Bawah Island Resort, jimat lebih banyak apabila anda menempah dengan Holidaygogogo! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!

Tarikan Pakej:

  • Lawati Pulau Batam, tempat percutian yang terkenal dengan lokasi membeli-belah yang menarik, sajian makanan laut yang menyelerakan dan pelbagai aktiviti menyeronokkan – hanya dengan perjalanan feri singkat dari Johor atau Singapura.
  • Nikmati penginapan di Pacific Palace Hotel di Batam, hotel mewah di tepi laut yang menyediakan keselesaan terbaik, kemudahan moden, dan pemandangan indah untuk pengalaman bercuti yang istimewa.
  • Rasai pengalaman mewah di Bawah Resort, resort mesra alam yang dikelilingi hutan tropika dan air laut yang jernih, sesuai untuk percutian yang tenang dan penuh privasi.
  • Rehatkan diri di pantai peribadi yang bersih dengan pasir putih halus dan air laut yang tenang berwarna biru kehijauan – tempat terbaik untuk bersantai dan menikmati alam semula jadi.
  • Segarkan badan dan minda dengan aktiviti kesihatan serta rawatan spa yang mewah – pilihan sempurna untuk berehat dan mengembalikan tenaga sepanjang percutian anda.

Jadual Perjalanan:

Hari 1

Setibanya di Pelabuhan Batam Center, anda akan bertemu dan berkenalan dengan pemandu yang akan menemani anda sepanjang hari. Nikmati kemudahan kereta sewa persendirian selama 10 jam untuk meneroka Batam mengikut pilihan anda sendiri. Setelah puas berjalan, anda akan dihantar ke Pacific Palace Hotel untuk daftar masuk, sebelum berehat dan bermalam dengan selesa di Batam.

  • Tiba di Pelabuhan Batam Center
  • Bertemu & berkenalan dengan pemandu
  • Sewa kereta persendirian selama 10 jam
  • Aktiviti bebas, terokai Batam mengikut keselesaan sendiri
  • Penghantaran ke Pacific Palace Hotel, daftar masuk
  • Rehat & bermalam di Batam

Pelan Makanan: – 

Hari 2

Mulakan pagi anda dengan menikmati sarapan yang lazat sebelum daftar keluar dari hotel. Pemandu akan mengambil anda di lobi hotel dan menghantar ke Lapangan Terbang Hang Nadim untuk menaiki pesawat laut ke Bawah Resort. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 3 jam, sambil anda dapat menyaksikan pemandangan indah dari udara.

Setibanya di Bawah Resort, anda akan disajikan makan tengah hari yang menyegarkan sebelum masuk ke bilik penginapan. Luangkan waktu petang dengan aktiviti santai, seperti rawatan spa yang memulihkan tenaga dan menyegarkan fikiran. Apabila malam tiba, rasai pengalaman istimewa menonton filem di Starlight Cinema. Tamatkan hari anda dengan makan malam yang menyelerakan di resort dan nikmati tidur malam yang lena dalam suasana menenangkan di Bawah Resort.

  • Sarapan, daftar keluar
  • Diambil dari lobi hotel
  • Penghantaran ke Lapangan Terbang Hang Nadim
  • 8:00 pagi: Penerbangan laut ke Bawah Resort (perjalanan 3 jam)
  • Tiba di Bawah Resort
  • Makan tengah hari di resort
  • Daftar masuk bilik
  • Bersantai untuk rawatan spa
  • Nikmati Starlight Cinema
  • Makan malam di resort
  • Bermalam di Bawah Resort

Pelan Makanan: Sarapan, Makan Tengah Hari, Makan Malam

Hari 3

Mulakan hari dengan sarapan di resort sebelum menyertai safari snorkel berpandu harian di pesisir pantai, peluang terbaik untuk melihat keindahan terumbu karang dan hidupan laut. Setelah itu, anda bebas menikmati aktiviti snorkel sendiri mengikut keselesaan.

Seterusnya, ikuti lawatan seni bina di sekitar pulau yang menampilkan gaya binaan unik dan mesra alam. Pada sebelah petang, sertai kelas lukisan bertemakan Batik, aktiviti santai yang menggabungkan budaya dan seni tempatan. Makan tengah hari dan malam disediakan di resort, sebelum anda berehat dan bermalam dengan selesa di Bawah Resort.

  • Sarapan di resort
  • Sertai safari snorkel berpandu harian di pesisir pantai
  • Nikmati aktiviti snorkel sendiri
  • Ikuti lawatan seni bina di sekitar pulau
  • Sertai kelas Lukisan bertemakan Batik
  • Makan tengah hari & makan malam di resort
  • Bermalam di Bawah Resort

Pelan Makanan: Sarapan, Makan Tengah Hari, Makan Malam

Hari 4

Mulakan hari dengan sarapan di resort sebelum menaiki bot dan menikmati pelayaran Catamaran. Kemudian, terokai keindahan alam semula jadi dengan aktiviti mendaki hutan bersama pemandu. Pada sebelah petang, sertai kelas memasak dan pelajari cara menyediakan masakan tradisional Indonesia. Akhiri hari dengan pelayaran Enam Pulau dengan menyusuri perairan indah sambil menyaksikan matahari terbenam. Makan tengah hari dan malam disediakan di resort, diikuti dengan penginapan yang nyaman di Bawah Resort.

  • Sarapan di resort
  • Ikuti pelayaran dengan bot Catamaran
  • Mendaki dalam hutan bersama pemandu
  • Sertai kelas memasak masakan Indonesia
  • Nikmati pelayaran bot melihat matahari terbenam di sekitar Enam Pulau
  • Makan tengah hari & malam di resort
  • Bermalam di Bawah Resort

Pelan Makanan: Sarapan, Makan Tengah Hari, Makan Malam

Hari 5

Mulakan hari dengan sarapan dan daftar keluar dari resort. Anda akan menaiki pesawat laut kembali ke Lapangan Terbang Hang Nadim, Batam, dan selepas itu, dihantar ke Pelabuhan Feri Batam Center. Perjalanan feri akan membawa anda kembali ke Johor, Malaysia, untuk menamatkan percutian yang indah ini.

  • Sarapan, daftar keluar
  • Naik pesawat laut kembali ke Lapangan Terbang Hang Nadim, Batam
  • 1:15 Petang: Tiba di Batam
  • Penghantaran ke Pelabuhan Feri Batam Center
  • 3:30 Petang – 5:30 Petang: Perjalanan feri kembali ke Johor, Malaysia

Pelan Makanan: Sarapan

Termasuk:

  • 1 malam di Pacific Palace Hotel, Batam
  • 3 malam di Bawah Reserve:
    • Kelas yoga, pilates, dan meditasi
    • Satu rawatan spa seorang untuk setiap malam
    • Aktiviti air dan darat
    • Perkhidmatan dobi
    • WiFi di seluruh kawasan resort
    • Peralatan snorkeling
    • Makanan seperti dinyatakan dalam atur cara
  • Perkhidmatan kereta sewa persendirian selama 10 jam bersama pemandu di sekitar Bandar Batam
  • Perkhidmatan diambil/hantar ke Pelabuhan Batam Center dan hotel di Batam
  • Perkhidmatan diambil/hantar ke Lapangan Terbang Batam
  • Penghantaran pergi balik dengan pesawat laut ke Bawah Reserve

Tidak Termasuk:

  • Tiket penerbangan/tiket feri
  • Makanan selain yang dinyatakan
  • Pengangkutan & perkhidmatan pemindahan selain yang dinyatakan
  • Pemandu pelancong
  • Aktiviti berbayar di pulau
  • Semua bayaran kemasukan
  • Minuman beralkohol di pulau
  • Tip
  • Travel insurance (Sangat digalakkan)
  • Lain lain perbelanjaan yang tidak tertera dalam sesi “Termasuk”

Perkara Penting:

  • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
  • Aktiviti yang disediakan (jika termasuk) dalam pakej adalah percuma, tidak ada pemulangan fi pakej jika aktiviti dibatalkan.
  • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
  • Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza berbanding dengan unit sebenar.

  • Minimum 6 dewasa
  • Penginapan minimum 3 malam diperlukan semasa musim bukan perayaan
  • Bawah Reserve menerima kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas
  • Kadar tidak sah pada 12-26 April 2025; 1-31 Ogos 2025; 20 Disember 2025 – 5 Januari 2026

Harga:

Harga pakej dikira ikut kepala

ROOM TYPE TWIN TRIPLE
Tented Garden Suite RM 18,805 RM 17,660
Tented Oceanfront Suite RM 20,170 RM 18,570
Tented Beach Suite RM 20,855 RM 19,025
Overwater Bungalow RM 23,895 RM 21,055
Child (5-12 y.o) RM 13,065
Remarks:

  • Child no entitle with spa treatment

Pertanyaan:

Sila tekan butang whatsapp/email di sebelah kanan untuk pertanyaan

6 Kelebihan booking dengan Holidaygogogo Tours Sdn Bhd!

  • Menawarkan perkhidmatan secara One-to-One bersama pegawai perkhidmatan pelanggan untuk disesuaikan dengan tempahan pra-ketibaan dan cadangan pakej percutian. Pihak kami ingin memastikan pelanggan mendapat maklum balas yang cepat dan memperoleh maklumat terkini walaupun pada hujung minggu atau cuti umum.
  • Merupakan syarikat agensi pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). *Anda boleh menekan pautan MOTAC/MATTA di atas dengan memasukkan nama syarikat kami: Holidaygogogo Tours untuk memerika lesen dan keahlian kami sebagai syarikat pelancongan yang berlesen. Kami bukan scammers/penipu.
  • Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan. Kami bersikap serius dan profesional dalam menjalankan perniagaan.
  • Diberikan rating 5-bintang oleh pelanggan kami di Google dan Facebook. Kami membenarkan pelanggan menilai servis kami secara terbuka, hanya agensi pelancongan yang memberikan servis perkhidmatan yang terbaik berani berbuat begitu.
  • Melakukan pemeriksaan tempat secara berkala demi memastikan kualiti servis dan produk dapat dipenuhi mengikut keperluan pelanggan.
  • Segala tempahan akan dilaksanakan dengan prosedur kertas kerja yang lengkap dan disokong oleh dokumen sokongan. Pihak kami tidak akan mengutip apa-apa bayaran tanpa sebarang dokumentasi. Kami akan memastikan semua tempahan telah dilaksanakan sebelum mengutip pembayaran.

Ulasan untuk Holidaygogogo:

Ulasan:

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

HolidayGoGoGo
Average rating:  
 0 reviews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Batam Tours