(2024/25 Promo) 5h4m Pakej Island Hopping di Langkawi & Koh Lipe

Langkawi Skybridge Cable Car
Skyrex Langkawi
Oriental Village
Singa Besar Island
Telaga Harbor Marina
Pattaya Beach Sunset
Pattaya Beach
Adang Sea Divers
Koh Lipe
Eagle Square Langkawi
Langkawi Mountain & Sea View
Koh Hin
Koh Adang
Inside the 3D Art Langkawi
Langkawi Skybridge Cable Car
Skyrex Langkawi
Oriental Village
Singa Besar Island
Telaga Harbor Marina
Sunset at Pattaya Beach
Pattaya Beach
Adang Sea Divers
Koh Lipe
Eagle Square Langkawi
Langkawi Mountain & Sea View
Koh Hin-Ngam
Koh Adang
3D Art Langkawi
Inside the 3D Art Langkawi
previous arrow
next arrow
 
Shadow
From

RM1,100

EN

Promosi atas talian terkini untuk 5h4m Pakej Island Hopping di Langkawi & Koh Lipe, jimat lebih banyak apabila anda menempah dengan Holidaygogogo! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!

Tarikan Pakej:

  • Lawati Langkawi, dikenali sebagai ‘Permata Kedah’, sebuah syurga tropika yang terdiri daripada 99 pulau yang indah.
  • Koh Lipe adalah sebuah pulau kecil di Laut Andaman, terkenal dengan pantai putihnya yang bersih dan airnya yang jernih bak kristal.
  • Meluangkan masa santai di Pantai Pattaya, pantai terpanjang di Koh Lipe dengan jarak sekitar 1.5 kilometer.
  • Ikuti Trip Snorkeling Sehari, pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan meneroka terumbu karang yang terang dan hidupan marin yang meriah di sekitar pulau-pulau Koh Lipe.

Jadual Perjalanan:

Hari 1

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebelum tengah hari dan disambut mesra oleh pemandu anda. Menuju ke Kereta Kabel Langkawi Skybridge dan menikmati perjalanan ke atas sambil mengagumi pemandangan pulau yang menakjubkan. Beriadah di atas Skybridge, sebuah jambatan gantung melengkung sepanjang 125 meter.

Sertai pengalaman seni interaktif di Muzium Seni 3D, serta pengalaman visual 3D di Skydome dan Skyrex. Berdekatan di sana anda boleh melawat Oriental Village yang dipenuhi dengan lokasi menarik untuk bergambar, kraf tangan tempatan, dan snek. Setelah selesai, anda akan dihantar ke hotel untuk daftar masuk dan boleh menikmati waktu selebihnya dengan santai.

  • Tiba di Lapangan Terbang Langkawi (cadangan tiba sebelum tengah hari)
  • Jumpa & bermesra dengan pemandu
  • Bertolak ke Langkawi Skybridge Cable Car
  • Naiki kereta kabel ke Skybridge, 3d Art, Skydome & Skyrex
  • Acaraa bebas & santai di Oriental Village
  • Bertolak ke hotel, daftar masuk
  • Acara bebas & santai
  • Bermalam di Langkawi

Pelan Makanan: N/A

Hari 2

Menikmati sarapan pagi di hotel sebelum dijemput untuk menyertai Lawatan Island-Hopping. Terokai Pulau Dayang Bunting atau ‘Pulau Gadis Hamil’, lawati Pulau Singa Besar untuk melihat burung helang, dan bersantai di Pulau Beras Basah dengan acara bebas dan santai.

Selepas lawatan tamat, berkumpul di jeti, kembali ke hotel, dan nikmati baki hari dengan santai. Dapatkan rehat yang secukupnya untuk bersedia menghadapi lebih banyak pengembaraan di Pulau Koh Lipe esok!

  • Sarapan di hotel
  • Menjemput dari hotel ke Island Hoping Tour
  • Lawati Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar untuk menonton helang & acara bebas & santai di pulau Beras Basah
  • Selepas lawatan, pulang ke tanah besar Langkawi
  • Balik ke hotel
  • Acara bebas dan santai

Pelan Makanan: Sarapan

Hari 3

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi di hotel sebelum daftar keluar. Kemudian, pindah ke Jeti Kuah di Langkawi dan lakukan perjalanan selama 1.5 jam dengan feri ke Koh Lipe. Setibanya di sana, selesaikan proses imigresen di Pantai Pattaya dan berjalan ke resort berhampiran untuk daftar masuk. Nikmati acara bebas untuk meneroka Walking Street yang meriah sebelum bermalam di Koh Lipe.

  • Sarapan di hotel, daftar keluar
  • Pemindahan ke Langkawi (Jeti Kuah)
  • Feri ke Koh Lipe (perjalanan 1.5 jam)
  • Tiba di Koh Lipe, proses imigresen di Pantai Pattaya
  • Berjalan ke resort berdekatan Pantai Pattaya, daftar masuk
  • Acara bebas dan santai di Walking Street
  • Bermalam di Koh Lipe

Pelan Makanan: Sarapan

Hari 4

Nikmati sarapan pagi di hotel sebelum berkumpul di lobi untuk memulakan Trip Snorkeling Sehari. Terokai lokasi snorkeling yang menakjubkan serta hidupan marin yang berwarna-warni di Koh Hin Ngam, Koh Rawi, Koh Adang, dan Koh Jabang. Setelah selesai, nikmati hidangan makan tengah hari yang disediakan. Kembali ke Koh Lipe dan pulang ke hotel untuk menghabiskan waktu petang dengan santai, diikuti makan malam atas perbelanjaan sendiri. Akhiri hari anda dengan menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah di Pantai Pattaya.

  • Sarapan di hotel
  • 9:00 pagi: Bertemu di lobi hotel untuk Lawatan Snorkeling Sehari
  • Snorkeling di Koh Hin Ngam, Koh Rawi, Koh Adang dan Koh Jabang
  • Makan tengah hari dalam bekas makanan disediakan
  • 4:00 petang: Tamat lawatan, kembali ke Koh Lipe
  • Balik ke hotel
  • Acara bebas dan santai, makan malam atas perbelanjaan sendiri
  • Nikmati pemandangan matahari terbenam di Pantai Pattaya
  • Bermalam di Koh Lipe

Pelan Makanan: Sarapan, Makan Tengah Hari

Hari 5

Selepas sarapan pagi di hotel, daftar keluar dan pergi ke Jeti Koh Lipe di Pantai Pattaya. Berlepas ke Jeti Kuah, Langkawi, dan setibanya di sana, teruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi untuk daftar masuk penerbangan dan penerbangan pulang anda, menandakan tamatnya lawatan ini.

  • Sarapan di hotel, daftar keluar
  • Berjalan ke Jeti Koh Lipe di Pantai Pattaya
  • Bertolak ke Langkawi (Jeti Kuah) dari Koh Lipe
  • Tiba di Langkawi, pemindahan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
  • Daftar masuk penerbangan, menaiki pesawat untuk penerbangan pulang
  • Tamat lawatan

Pelan Makanan: Sarapan

Termasuk:

  • Penginapan 2 malam di Langkawi
  • Penginapan 2 malam di Koh Lipe
  • Lawatan & pengangkutan mengikut itinerari
  • Makanan dinyatakan mengikut itinerari
  • Air Minuman disediakan
  • Peralatan snorkeling & jaket keselamatan disediakan

Tidak Termasuk:

  • Makanan selain daripada yang dinyatakan
  • Semua tiket
  • Yuran Taman Negara sebanyak 200THB
  • Lawatan dan pengangkutan selain yang dinyatakan
  • Travel insurance (Sangat digalakkan)
  • Lain lain perbelanjaan yang tidak tertera dalam sesi “Termasuk”

Perkara Penting:

  • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
  • Aktiviti yang disediakan (jika termasuk) dalam pakej adalah percuma, tidak ada pemulangan fi pakej jika aktiviti dibatalkan.
  • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
  • Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza benbanding dengan unit sebenar.

  • Minimum 4 orang
  • Aktiviti air akan berubah mengikut aras air, keadaan laut, dan cuaca
  • Bilik berdasarkan perkongsian dua/twin.
  • Sebarang cukai yang berkenaan yang tidak termasuk dalam sebut harga perlu dibayar semasa tiba di hotel.
  • Holidaygogogo berhak menukar penginapan ke kelas yang sama jika penginapan yang dinyatakan tidak tersedia pada tarikh perjalanan.
  • Tiada perubahan susunan bilik dibenarkan selepas pembayaran penuh dibuat.
  • Semua harga termasuk cukai yang berkaitan kecuali dinyatakan sebaliknya

Harga:

Harga pakej dikira ikut kepala

Sah Sehingga 31 Disember 2025

JENIS HOTEL/ BILIK 4-7 PAX 8-9 PAX SGL SUPP
Bella Waterfront, Langkawi (Deluxe room); Bundhaya Resort (Garden Delxue) RM 1,445 RM 1,365 RM 825
Bella Waterfront, Langkawi (Deluxe room); Bundhaya Resort (Deluxe) RM 1,515 RM 1,435 RM 895
Bella Waterfront, Langkawi (Deluxe room); Bundhaya Resort (Family Bungalow) RM 1,180 RM 1,100 RM 560
Remarks:

  • Caj tambahan hotel mungkin dikenakan pada hujung minggu, cuti sekolah, dan cuti umum Malaysia (harga berdasarkan tempahan).
  • Tempoh perjalanan sehingga 31 Disember 2025

Pertanyaan:

Sila tekan butang whatsapp/email di sebelah kanan untuk pertanyaan

6 Kelebihan booking dengan Holidaygogogo Tours Sdn Bhd!

  • Menawarkan perkhidmatan secara One-to-One bersama pegawai perkhidmatan pelanggan untuk disesuaikan dengan tempahan pra-ketibaan dan cadangan pakej percutian. Pihak kami ingin memastikan pelanggan mendapat maklum balas yang cepat dan memperoleh maklumat terkini walaupun pada hujung minggu atau cuti umum.
  • Merupakan syarikat agensi pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). *Anda boleh menekan pautan MOTAC/MATTA di atas dengan memasukkan nama syarikat kami: Holidaygogogo Tours untuk memerika lesen dan keahlian kami sebagai syarikat pelancongan yang berlesen. Kami bukan scammers/penipu.
  • Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan. Kami bersikap serius dan profesional dalam menjalankan perniagaan.
  • Diberikan rating 5-bintang oleh pelanggan kami di Google dan Facebook. Kami membenarkan pelanggan menilai servis kami secara terbuka, hanya agensi pelancongan yang memberikan servis perkhidmatan yang terbaik berani berbuat begitu.
  • Melakukan pemeriksaan tempat secara berkala demi memastikan kualiti servis dan produk dapat dipenuhi mengikut keperluan pelanggan.
  • Segala tempahan akan dilaksanakan dengan prosedur kertas kerja yang lengkap dan disokong oleh dokumen sokongan. Pihak kami tidak akan mengutip apa-apa bayaran tanpa sebarang dokumentasi. Kami akan memastikan semua tempahan telah dilaksanakan sebelum mengutip pembayaran.

Ulasan untuk Holidaygogogo:

Ulasan:

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

HolidayGoGoGo
Average rating:  
 0 reviews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *