(2025/26 Promo) 4h3m Pakej Disney Adventure Cruise dari Singapura

San Fransokyo Street
Marvel Landing
Live Show - Baymax Super Exercise Expo
Live Show - Disney Seas the Adventure
Toy Story Place
Live Show - Remember
Live Show - Moana Call of the Sea
Town Square
Wayfinder Bay
Disney Discovery Reef
Disney Imagination Garden
Main Dining - Enchanted Summer Restaurant
Main Dining - Hollywood Spotlight Club
Main Dining - Navigators Club
Main Dining - Pixar Market Restaurant
Dining - Tianas Bayou Lounge
Quick Service -Stitch's Ohana Grill
Quick Service - Bewitching Boba & Brews
Quick Service - Gramma Talas Kitchen
Quick Service - Garden Mowglis Eatery
Let's Set Sail Dance Party
Disney Oceaneers Club
Andy's Toybox
Fairytale Hall
Marvel WEB Workshop
Walt Disney Imagineering Lab
Mickey & Minnie Captain’s Deck
Tween Club - Edge
Teen Club - Vibe
It's a Small World Nursery
Spa, Salon & Fitness
Karaoke Rooms
Inside Stateroom
Deluxe Inside Stateroom
Deluxe Inside Stateroom with Reef View
Oceanview Stateroom
Deluxe Oceanview Stateroom
Deluxe Reef View Stateroom with Verandah
Deluxe Gardenview Stateroom with Verandah
Deluxe Oceanview Stateroom with Verandah
Split Bathroom Layout
Concierge 1-BR Oceanview Suite (Bedroom)
Concierge Suite with Verandah (Main Bedroom)
Concierge Family with Verandah (Main Bedroom)
Concierge Family with Verandah (Joint Cabin Bedroom)
Concierge Royal Suite - Elsa (Main Bedroom)
Concierge Royal Suite - Elsa (Kids Room)
Concierge Lounge (Indoor)
Concierge Lounge (Outdoor)
Concierge Lounge (Outdoor Cabanas and Loungers)
Concierge Lounge (Kids Space)
Concierge Pool
Concierge (Mary Poppins Spa Suite)
previous arrow
next arrow
 
Shadow
From

RM1,878

EN | CN

Promosi atas talian terkini untuk Pakej 4h3m Disney Adventure Cruise dari Singapura, jimat lebih banyak apabila anda menempah dengan Holidaygogogo! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut!

Tarikan Pakej:

  • Berlayar pada pelayaran perdana Disney Adventure yang menarik di Asia Tenggara pada 2025
  • Memberikan hiburan untuk semua peringkat umur, temui keajaiban Disney melalui pertunjukan gaya Broadway, pesta dek, tayangan filem, dan interaksi menarik dengan watak kegemaran anda dari Disney, Pixar, dan Marvel.
  • Nikmati pelbagai hidangan lazat, dari hidangan gourmet hingga pilihan kasual yang dibuat mengikut pesanan, di restoran bertemakan magis.
  • Keunikkanya hanya di Disney Adventure, nikmati tujuh kawasan bertemakan yang mengagumkan di seluruh kapal: Disney Imagination Garden, Disney Discovery Reef, Town Square, San Fransokyo Street, Wayfinder Bay, Toy Story Place dan Marvel Landing.
  • Selepas matahari terbenam, saksikan pertunjukan bunga api yang mempesonakan menyinari langit malam di Lautan Tengah.

Jadual Perjalanan:

Hari 1

Berlayar menaiki Disney Adventure Cruise pada waktu petang dari Terminal Kapal Persiaran Singapura. Luangkan masa bebas menjelajahi San Fransokyo Street, kawasan hiburan keluarga yang diinspirasikan oleh bandar dari Big Hero 6. Tonton filem Disney klasik dan yang baru di Baymax Cinema, kemudian berseronok di ruang permainan keluarga yang unik, Big Hero Arcade. Nikmati makan malam yang lazat dan kagumi pertunjukan bunga api yang menakjubkan di laut sebelum berehat untuk malam pertama anda di atas kapal.

  • 5:00 PM: Disney Adventure Cruise berlepas dari Terminal Kapal Persiaran Singapura
  • Acara bebas & santai di San Fransokyo Street
  • Nikmati tayangan filem di Baymax Cinema
  • Berseronok di Big Hero Arcade – ruang permainan
  • Nikmati makan malam & pertunjukan bunga api di laut
  • Bermalam di atas kapal persiaran

Pelan Makanan: Makan Malam

Hari 2

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi sebelum menikmati masa bebas di Marvel Landing! Jika anda peminat Marvel, ini adalah tempat untuk merasai tarikan yang penuh aksi seperti Groot Galaxy Spin, Pym Quantum Racers, dan roller coaster pertama di kapal Disney Cruise Line, Ironcycle Test Run. Nikmati makan tengah hari yang mewah di atas kapal, diikuti dengan Baymax Super Exercise Expo, rutin senaman muzik yang bertenaga. Nikmati makan malam yang lazat pada waktu malam sebelum menyanyi bersama lagu-lagu ikonik Disney semasa pelayaran muzikal Disney Seas the Adventure. Akhiri malam anda dengan berlayar di Lautan Tengah dan bermalam di atas kapal persiaran.

  • Sarapan pagi di atas kapal
  • Acara bebas & santai di Marvel Landing – rasai tarikan menarik seperti Groot Galaxy Spin, Pym Quantum Racers, dan roller coaster – Ironcycle Test Run
  • Makan tengah hari di atas kapal
  • Sertai Baymax Super Exercise Expo
  • Makan malam di atas kapal
  • Nikmati persembahan muzikal Disney Seas the Adventure
  • Berlayar di Lautan Tengah
  • Bermalam di atas kapal

Pelan Makanan: Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam

Hari 3

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi di atas kapal, diikuti masa bebas untuk menikmati Toy Story Place, di mana dunia Toy Story menjadi kenyataan. Bermain tanpa henti di Sunnyside Family Pool, Woody and Jessie’s Wild Slides, Flying Saucer Splash Zone, dan Toy Story Splash Pad. Nikmati makan tengah hari yang menyelerakan di atas kapal sebelum meneroka pelbagai pilihan kedai untuk hadiah, cenderamata, atau koleksi istimewa.

Nikmati makan malam yang menyelerakan dan dihiburkan dengan Remember, sebuah kisah menyentuh hati tentang cinta dan kerinduan, atau Moana: Call of the Sea, sebuah penceritaan semula muzikal yang unik mengenai Moana. Kapal persiaran kembali dari Lautan Tengah ke terminal Singapura, di mana anda akan bermalam di atas kapal.

  • Sarapan pagi di atas kapal
  • Acara bebas & santai di Toy Story Place dengan aktiviti seperti Sunnyside Family Pool, Woody and Jessie’s Wild Slides, Flying Saucer Splash Zone, dan Toy Story Splash Pad
  • Makan tengah hari di atas kapal
  • Nikmati masa membeli-belah di pelbagai kedai atas kapal untuk hadiah, cenderamata, atau koleksi unik
  • Makan malam di atas kapal
  • Saksikan persembahan langsung seperti Remember atau Moana: Call of the Sea
  • Kapal kembali dari Lautan Tengah ke terminal Singapura
  • Bermalam di atas kapal

Pelan Makanan: Sarapan, Makan Tenghari, Makan Malam

Hari 4

Nikmati sarapan pagi di atas kapal sebelum ia berlabuh di terminal Singapura. Apabila bersedia, turun dari kapal persiaran, menandakan tamatnya perjalanan anda.

  • Sarapan pagi di atas kapal
  • 7:00 AM: Kapal berlabuh di terminal Singapura
  • Turun dari kapal persiaran

Pelan Makanan: Sarapan

Termasuk:

  • 3 malam di bilik pilihan anda
  • Hidangan penuh di restoran terpilih (termasuk makan tengah hari barbeku, snek, kopi, teh, soda tanpa had, dan ais krim lembut)
  • Persembahan berkualiti Broadway
  • Pertunjukan bunga api di laut
  • Pengalaman bersama watak-watak Disney
  • Tayangan filem
  • Kolam renang, gelongsor air, zon percikan & kolam cetek
  • Kelab malam, lounge & muzik secara langsung
  • Kolam renang & spa whirlpool eksklusif untuk dewasa
  • Pusat kecergasan
  • Pantai keluarga & pantai eksklusif untuk dewasa
  • Kelab untuk kanak-kanak & remaja
  • Perkhidmatan tram atas kapal (Cruise)

Tidak Termasuk:

  • Hiburan & Aktiviti selain yang dinyatakan
  • Makan Eksklusif dengan air botol, minuman beralkohol, kopi, teh & minuman khas
  • Tanpa Visa, Tip, Kos Pelabuhan, Surcaj Percutian, Cukai, Yuran Tambahan
  • WIFI
  • Pengangkutan darat/Tiket penerbangan
  • Spa & salon
  • Peralatan snorkel, pelampung, rakit & basikal
  • Travel insurance (Sangat digalakkan)
  • Lain lain perbelanjaan yang tidak tertera dalam sesi “Termasuk”

Perkara Penting:

  • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
  • Aktiviti yang disediakan (jika termasuk) dalam pakej adalah percuma, tidak ada pemulangan fi pakej jika aktiviti dibatalkan.
  • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
  • Gambar yang tertera dalam laman web holidaygogogo adalah untuk rujukan sahaja, reka bentuk/hiasan/susun atur mungkin akan berbeza benbanding dengan unit sebenar.

  • Semua tambang adalah harga setiap orang dengan minimum 2 orang setiap bilik.
  • Tambang, kabin dan jadual pelayaran bergantung pada ketersediaan dan perubahan tanpa notis.
  • Pintu ditutup satu setengah jam sebelum waktu berlepas.
  • Semua wanita hamil hanya akan dibenarkan sebelum kehamilannya pada minggu ke-24 pada waktu belayar dan mesti disertakan dengan sijil doktor yang menyatakan bahawa dia sesuai untuk melakukan perjalanan di laut.
  • Tidak ada Bayaran Balik yang akan dibuat kepada penumpang yang ditolak kerana tidak mematuhi syarat imigresen.
  • Semua pasport mesti mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan sah dari tarikh kepulangan. Penumpang bertanggungjawab memastikan semua dokumen perjalanan dan visa adalah teratur sebelum berlepas.
  • Kadar kanak-kanak dikenakan kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun. Kadar bayi dikenakan kepada bayi di bawah 24 bulan.
  • Tip: USD 14.50 seorang setiap malam untuk Verandah & Stateroom yang lebih rendah; USD 23.50 seorang setiap malam untuk Concierge Stateroom & Suite.
  • Pengangkutan bas pulang-balik dari KL – SIN – KL tersedia pada RM280 setiap seorang.
  • Insurans perjalanan Covid-19: RM70 setiap seorang (3N & 4N); RM100 setiap seorang (5N).

Harga:

Harga pakej dikira ikut kepala

Jenis Kabin TARIKH BERLAYAR (Setiap Isnin)
Inside Perlayaran Perdana: 15
Oceanview Januari: 5, 12, 19, 26
Verandah (Balcony) Februari: 2, 9, 16, 23
Concierge (Suite) Mac: 2, 9, 16, 23, 30
Catatan:

  1. Harga kabin tertakluk kepada ketersediaan dan tarikh pelayaran.
  2. Tertakluk kepada Harga Akhir dan Caj Musim mengikut sistem tempahan.
  3. Cukai, Yuran & Perbelanjaan Pelabuhan: RM 203 seorang.

Pertanyaan:

Sila tekan butang whatsapp/email di sebelah kanan untuk pertanyaan

6 Kelebihan booking dengan Holidaygogogo Tours Sdn Bhd!

  • Menawarkan perkhidmatan secara One-to-One bersama pegawai perkhidmatan pelanggan untuk disesuaikan dengan tempahan pra-ketibaan dan cadangan pakej percutian. Pihak kami ingin memastikan pelanggan mendapat maklum balas yang cepat dan memperoleh maklumat terkini walaupun pada hujung minggu atau cuti umum.
  • Merupakan syarikat agensi pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). *Anda boleh menekan pautan MOTAC/MATTA di atas dengan memasukkan nama syarikat kami: Holidaygogogo Tours untuk memerika lesen dan keahlian kami sebagai syarikat pelancongan yang berlesen. Kami bukan scammers/penipu.
  • Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan. Kami bersikap serius dan profesional dalam menjalankan perniagaan.
  • Diberikan rating 5-bintang oleh pelanggan kami di Google dan Facebook. Kami membenarkan pelanggan menilai servis kami secara terbuka, hanya agensi pelancongan yang memberikan servis perkhidmatan yang terbaik berani berbuat begitu.
  • Melakukan pemeriksaan tempat secara berkala demi memastikan kualiti servis dan produk dapat dipenuhi mengikut keperluan pelanggan.
  • Segala tempahan akan dilaksanakan dengan prosedur kertas kerja yang lengkap dan disokong oleh dokumen sokongan. Pihak kami tidak akan mengutip apa-apa bayaran tanpa sebarang dokumentasi. Kami akan memastikan semua tempahan telah dilaksanakan sebelum mengutip pembayaran.

Ulasan untuk Holidaygogogo:

Ulasan:

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

HolidayGoGoGo
Average rating:  
 0 reviews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *