3h2m Pakej Percutian Bajet + Island Hoping

Tarikan Pakej:

  • Menonton pertunjukan transgender yang hebat di Pertunjukan Kabaret Simon.
  • Sebanyak 3 sesi snorkeling untuk menerokai dunia lautan.
  • Lompatan pulau ke Pulau Khai dan Nusantara Phi Phi.
  • Masa lapang meneroka bandar Phuket untuk makanan Thai yang asli.

Jadual Perjalanan:

Waktu Thailand

Hari Pertama:

Selamat Datang ke Phuket dan mari kita bermula pengalaman Thai yang hebat! Pemandu kami akan menjemput anda dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dan menghantar anda ke hotel anda untuk mendaftar masuk. Selepas mendaftar masuk ke penginapan anda, anda boleh luangkan masa sendiri untuk bersiar-siar di kejiraran atau rehat di hotel.

Pemandu kami akan menjemput anda dari hotel pada pukul 6:30PM petang ke pertunjukan kabaret yang terkenal di Phuket – iaitu Pertunjukan Kabaret Simon! Pertunjukan Kabaret Simon telah dijalankan selama 25 tahun dan telah menyambut jutaan pelancong dari seluruh dunia. Bersiap sedia mengagumi dengan penghibur transgender cantik yang memakai kostum glamor dan mewah, solekan dan rambut palsu dan terkesan dengan tarian, nyanian dalam pelbagai tema. Anda juga boleh mengambil gambar dengan para penghibur dengan tip yang munasabah.

Simon Cabaret Show

Pemandu kami akan menghantar anda balik ke hotel selepas pertunjukan (masa bertolak untuk disahkan).

12:00pm – Penghantaran dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket ke hotel
2:00pm – Daftar ke bilik
6.30pm – Berlepas dari hotel ke Pertunjukan Simon Kabaret(masa bertolak untuk disahkan)
7:00pm – Nikmati Pertunjukan Simon Kabaret
– Penghantaran dari Pertunjukan Simon Kabaret ke hotel (masa bertolak untuk disahkan)

Pelan Makan: Susunan sendiri


Hari Kedua:

Menikmati sarapan pagi di hotel dan bersiap sedia memulakan perjalanan anda menjelajahi keindahan lautan Andaman. Pemandu kami akan memindahkan anda ke jeti pada 7:30 pagi (masa bertolak untuk disahkan). Bot laju akan bertolak ke Pulau Phi Phi dahulu dan berhenti di Phi Phi Leh, sebuah pulau yang belum didiami dan amat indah.

Kita akan bermula lawatan dari destinasi yang mesti dikunjungi – Maya Bay yang mendapat kemasyhuran semalaman sejak pelakon antarabangsa Leonardo DiCaprio membintangi filem “The Beach” di sana. Tidak dapat dinafikan bahawa Maya Bay merupakan salah satu pantai yang paling indah di dunia, setiap sudut Maya Bay adalah berbaloi untuk foto kerana air jernih dan langit biru yang menjadi latar belakangnya. Kemudian kami akan terus melawat ke Loh Samah Bay untuk bersiar-siar dan juga PiLeh Cove, lagun yang tenang yang terletak di tebing hijau yang subur. Jangan lupa membawa bateri kamera tambahan anda untuk memastikan anda tidak terlepas mana-mana satu tarikan!

Phi Phi Islands & Pileh Cove

Perhentian terakhir kami di Phi Phi Leh adalah Gua Viking – sebuah gua yang terkenal yang terletak di bahagian bawah tebing batu kapur yang tinggi di mana anda juga akan melihat orang tempatan menuai sarang burung layang-layang untuk berdagang dan dapat pendapatan yang tinggi. Kami akan menuju ke pusat Phi Phi Don – Tonsai Bay yang sibuk untuk sesi snorkeling. Nikmati masa anda berenang dengan ikan tropika yang berwarna-warni dan pelbagai makhluk laut. Kemudian, menikmati Thai Buffet di Andaman Beach Resort sebelum kami terus ke destinasi seterusnya!

Khai Islands, Viking Cave & Tonsai Bay

Selepas makan tengah hari, kami akan berlepas dari Phi Phi Don ke Pantai Monkey (Monkey Beach) untuk sesi snorkeling yang kedua.  Pantai Monkey bukan sahaja sebuah pantai yang indah dengan pasir putih yang seperti sutera, tetapi juga didiami oleh keluarga Kera. Kemudian, kami akan pergi ke Kepulauan Khai, yang terdiri daripada Khai Nui, Khai Nok dan Khai Nai. Bot laju akan berhenti di pulau Khai Nok untuk anda menikmati snorkeling lagi, berenang dan menikmati pemandangan lautan Andaman tanpa sempadan.

Snorkeling

Kami akan bertolak balik ke jeti selepas pulau Khai Nok. Pemandu kami akan menjemput anda dari jeti dan memindahkan anda kembali ke hotel. Berehatlah dan nikmati masa lapang pada waktu malam!

6:30am – Sarapan pagi di hotel
7:30am – Penghantaran dari hotel ke jeti (masa bertolak untuk disahkan)
9:00am – Bertolak dari jeti ke Pulau Phi Phi (Phi Phi Islands)
10:15am – Tiba Maya Bay, Loh Samah Bay dan Pileh Cove untuk melawat dan mengambil gambar, lawati ke Gua Viking (Viking Cave), dan snorkeling di Tonsai Bay
12:30pm – Nikmati makan tengah hari di Andaman Beach Resort
1:30pm – Berlepas dari Phi Phi Don ke Pantai Monkey (Monkey Beach) untuk lawatan snorkeling, berenang atau berehat di pantai pasir putih
3:15pm – Tiba di Pulau Khai Nok (Khai Nok Island) untuk lawatan snorkeling, berehat atau berenang
4:30pm – Bertolak dari Pulau Khai ke jeti
5:00pm – Tiba di jeti, penghantaran balik ke hotel
– Aktiviti bebas pada masa lapang, makan malam di susunan sendiri

Pelan Makan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari


Hari Ketiga:

Menikmati sarapan pagi di hotel dan mengambil peluang terakhir untuk membeli-belah cenderahati sebelum balik rumah! Kita akan mendaftar keluar dari hotel pada pukul 12 petang dan pemandu kami akan memindahkan anda ke lapangan terbang untuk penerbangan anda. Selamat tinggal, Phuket!

– Sarapan pagi di hotel
– Selepas sarapan pagi, aktiviti bebas pada masa lapang
12:00pm – Daftar keluar dari hotel
1:00pm – Bertolak dari resort ke Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket

Pelan Makan: Sarapan Pagi


Pakej Termasuk:

  • 2 malam penginapan
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
  • Penghantaran 2 hala antara Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dan hotel
  • H1 – Pertunjukan Simon Kabaret (termasuk penghantaran 2 hala, tiket masuk Pertunjukan Simon Kabaret)
  • H2 – Lawatan Snorkeling di Pulau Phi Phi & Maya (termasuk penghantaran 2 hala, peralatan snorkeling, jaket keselamatan, perkhidmatan tour guide, makan tengah hari,  minuman & buah-buahan)

Pakej Tidak Termasuk:

  • Tiket penerbangan ke Phuket
  • Insuran Pelancongan (sangat dicadangkan membeli)
  • Bayaran Taman Laut Nasional/Bayaran Taman Negara – THB 400/Dewasa, THB 200/Kanak-kanak
  • Mana-mana tiket perkhidmatan/cukai/masuk lain yang tidak dinyatakan dalam seksyen Termasuk

Nota:

  • Jadual perjalanan dan isi kandungan pakej mungkin akan ditukar pada saat terakhir bergantung kepada keadaan cuaca dan faktor lain.
  • Aktiviti yang dinyatakan disediakan secara percuma, tiada bayaran balik akan dibuat untuk pembatalan aktiviti disebabkan oleh cuaca atau isu operasi.
  • Holidaygogogo mempunyai hak untuk menukar ke hotel lain di kelas yang sama jika hotel yang dinyatakan di bawah tidak tersedia semasa tarikh perjalanan.
  • Tiada perubahan susunan bilik dibenarkan selepas bayaran penuh dibuat.
  • Bayi di bawah umur 3 tahun, warga tua berumur 60 tahun ke atas, wanita hamil dan orang yang mempunyai sebarang ketidakupayaan perubatan atau fizikal tidak dibenarkan menyertai Lawatan Snorkeling di Pulau Phi Phi dan Maya.
  • Kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 11 tahun (ikut tahun lahir) adalah layak untuk kadar kanak-kanak.
  • Bayi di bawah umur 3 tahun (ikut tahun lahir) adalah percuma.
  • Terma dan syarat lain untuk tempahan.
  • Harga pakej termasuk cukai yang berkaitan.

Harga Tour: RM (seorang)

Harga Promosi

Validity: 1 Nov 2019 – 31 May 2020

Harga Pakej kira mengikut seorang

Hotel Twin Triple Child  No  Bed
Tuana Blue Sky Patong Hotel (3*) 645 630
Sunset  Beach Resort (4*) 760 760 480
Andaman Beach Suites Hotel (4*) 930 890 440
Phuket Orchid Resort & Spa (4*) 1,025 925 495

Klik Sini Untuk Gambar Resort:
Tuana Blue Sky Patong Hotel
Sunset Beach Resort
Andaman Beach Suites Hotel
Phuket Orchid Resort & Spa

Peak Season Surcharge: RM (Per Person)

  • Tuana Blue Sky Patong Hotel on 25 Dec 2019 – 05 Jan 2020: RM 45/person
  • Sunset Beach Resort:
    • 24 Dec 2019 – 10 Jan 2020: RM 330/person
    • 11 Jan 2020 – 29 Feb 2020: RM 100/person
  • Andaman Beach Suites Hotel on 21 Dec 2019 – 15 Jan 2020: RM 185/person
  • Phuket Orchid Resort & Spa on 26 Dec 2019 – 15 Jan 2020: RM 240
    • New Year’s Eve Gala Dinner on 31 Dec 2019(Compulsory): THB 5300/Adult
    • New Year’s Eve Gala Dinner on 31 Dec 2019(Compulsory): THB 2650/Child

WhatsApp kami dan dapatkan maklumat yang selanjutnya:

Sila WhatsApp kami dengan Butang WhatsApp.

Hubungi kami melalui telefon:

+6010-2396385

+6010-2216385

Boleh juga isikan borang ini:

[wpforms id=”86483″]

Pakej Percutian Phuket Yang Berkaitan:

Updated: 11 Sep 2019

Ulasan/Komen Pelanggan untuk Pakej Percutian Phuket 

Submit your review
1
2
3
4
5
Submit
     
Cancel

Create your own review

HolidayGoGoGo
Average rating:  
 0 reviews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *